Saturday, January 3, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua blog reader yang dikasihi.. eh..eh.. ada ke yg follow blog i nih?? Syukran Jazillan buat yang sentiasa follow & read blog saya ni.. semoga memberi manfaat kepada semua.. Yang baik jadikan panduan.. yang buruk jadikan pengajaran supaya anda lebih baik dari sebelumnya...

Syukur Alhamdulillah dah masuk Tahun 2015 kan! Harapnya tidak terlambat nak wish HAPPY NEW YEAR to all.. semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya..Tahun 2014 banyak meninggalkan kenangan pahit, manis, masam, kelat, payau, anyep kata orang jawa!! Semoga kita mengambil iktibar atas apa yg berlaku kepada diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, negara kita dan seluruh dunia..

Bila tiba TAHUN BARU.. haha... SOALAN PALING FAMOUS!!!!
APA AZAM TAHUN BARU YE??
Banyakkkk sangat azam kan?? Semua orang mengimpikan azam yang best2.. yang indah2 belaka di tahun baru ni.. Sama jugak dengan saya.. semoga AZAM & IMPIAN kita dapat dicapai InsyaAllah...

Saya as usual lah... AZAM saya masih tak berubah.. Masih handsome, tough, lebih kuat bekerja, lebih matang, lebih memahami, lebih penyayang.. dan Saya sangat CINTAKAN sangat2 AZAM saya nih.. Semoga Azam AZAM saya pada tahun ini tercapai... Semoga dipermudahkan AZAM saya mencapai azamnya... haha... pelik ke pelik??? AZAM yg saya maksudkan ialah my darling Husband.. En Muhamad Azamri... hehe 

Bagi saya.. Tahun 2015 ini adalah Permulaan Kehidupan Saya untuk lebih cemerlang dunia & akhirat.
1) Mahu memperbaiki & mempersiapkan keperluan AKHIRAT dengan lebih HEBAT! (KEREDHAAN ALLAH)
2) Mahu jadi WAHM (Working at Home Mom @Manager)
3) Mahu BEBAS KEWANGAN dan STABILITY INCOME 4-5 ANGKA
4) Mahu FOKUS, FOKUS & FOKUS pada my Shaklee Business (LOVE SHAKLEE MUCH!)
5) Mahu KAYA & BERJAYA DUNIA & AKHIRAT 

Basically berkaitan dengan bisnes kan! Ya.. memang bisnes.. Keluarga Sumber KEKUATAN saya untuk BERJUANG dan BERJAYA dalam Shaklee.. Saya mahu lebih ramai lagi insan SEDAR kepentingan KESIHATAN terhadap urusan DUNIA & AKHIRAT.. InsyaAllah... Islam TIDAK melarang kita menjadi KAYA.. Tetapi.. tetapkan NIAT kita kerana ALLAH.. untuk membantu membangunkan EKONOMI ISLAM..

MISI PENTING SAYA 2015 ialah: JIHAD EKONOMI!
Semoga dipermudahkan oleh Allah jua..

Jika anda berminat dengan sebarang produk kesihatan, boleh melayari Informasi seperti berikut:
Nama: SYAMSILA BINTI AND KADIR
No. Telefon: 0137445591
Blog: www.sihatituamanah.blogspot.com
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel: syamsila@gmail.com

SIHAT ITU AMANAH!
 






Thursday, October 2, 2014

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum..


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua reader.. Semoga penghayatan aidiladha kali ini lebih bermakna.. Sesungguhnya pengorbanan itu adalah suatu jihad jika niat kerana Allah..

Bagi yang pulang ke kampung dinasihatkan agar berhati-hati semasa memandu.. Saya mendoakan kalian dipermudahkan segala urusan dan selamat sampai ke destinasi yang dituju..

Mohon ampun dan maaf atas kesilapan dan kekhilafan sepanjang menulis di blog ini..
Yang baik dari Allah yang buruk dari kelemahan saya sendiri..

Semoga Jemaah Haji yang kini sedang menuju utk wukuf mendapat Haji yang Mabrur dan diberkati Allah hendaknya.. Amin Ya Rabbal A'lamin...


Nota kaki: Niat nak mengerjakan Haji dan Umrah dah ada.. cuma belum ada rezekinya... :)

SALAM AIDIL ADHA
daripada saya dan keluarga...

Sunday, September 28, 2014

Salam Zulhijjah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua reader..

Semoga kalian semua sentiasa happy2 selalu di samping insan2 tersayang...

Dah lama saya tidak menulis.. kesibukan melanda... Syukur Alhamdulillah hari ini Allah beri kesempatan untuk saya menulis sesuatu..

Salam Zulhijjah semua... Bulan Haji... dimana umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah Haji.. Pada bulan ini juga Umat Islam bakal meraikan Aidil Adha dan melaksanakan ibadah korban..
Apepun urusannya semoga dipermudahkan urusan..


Syukur atas segala rezeki dan nikmat yg Allah kurniakan... Walau apapun yg berlaku yakinlah Sesungguhnya di setiap Kesukaran pasti diiringi kemudahan.. Itu janji Allah... Andai berlaku sbarang Ujian, bertabahlah dan bersabarlah kerana Ujian itu Manis jika kita sentiasa bersangka baik dengan Maha Pencipta... Hikmahnya hanya Allah yg mengetahui..

Semoga berjumpa lagi di entry akan datang..
Sayang semua!!

Nota kaki: Syukur kerana Ujian yang diberi mematangkan fikiran dan muhasabah diri...

Bagi pembaca2 yang berminat untuk mendapatkan tips2 kesihatan dan kebaikan Produk Shaklee dijemput dengan sukacitanya melayari Blog saya:

www.sihatituamanah.blogspot.com
call/sms/whatsapp: 0137445591
Saya Agen Shaklee yang Sah..
COD: Area Ayer Hitam, Pt Raja, Yong Peng, Parit Yaani serta kawasan sekitarnya.
Penghantaran: Seluruh Malaysia

SIHAT ITU AMANAH!

Sunday, August 24, 2014

INFORMASI DAN TIPS KESIHATAN BERSAMA MAKLONG

Assalamualaikum..
 
Lama gak x update blog ni.. sibuk pun ye jugak.. malas pun ye jugak.. eh2.. x boleh malas2.. kena rajin2 update blog..
 
Apepun just to inform semua blog reader kesayangan saya.. saya dah ada satu lagi blog khas untuk kongsi sedikit sebanyak informasi dan tips kesihatan dengan anda semua. Sharing is caring kan! Bagi anda yang berminat nak tahu tentang informasi dan tips kesihatan boleh ke blog khas saya ye..
 
InsyaAllah saya suka untuk berkongsi dengan anda tentang kebaikan dan kelebihan produk Shaklee khususnya.. Saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan Shaklee dalam banyak perkara..
 
Semoga blog ini bermanfaat untuk semua.
 
Sesiapa berminat untuk tahu apa2 sahaja tentang Shaklee boleh berbuat demikian.. Sebarang pertanyaan dan konsultasi adalah percuma. Saya yakin dengan SHAKLEE. Saya pengguna tegar Shaklee.. Saya mementingkan kesihatan diri, keluarga dan anda.. Keluarga sihat keluarga ceria!

SIHAT ITU AMANAH

SID1139304
Nama: SYAMSILA BINTI ABD KADIR
No. Tel: 0137445591
Emel: syamsila@gmail.com
Blog: www.sihatituamanah.blogspot.com

Tuesday, May 27, 2014

Collagen Powder Shaklee

Wanita tidak dapat lari dari isu kecantikan wajah, kecantikan luaran mahupun dalaman.. Semakin meniti usia, semakin kita berusaha untuk mengekalkan kecantikan wajah dan awet muda. Shaklee memperkenalkan Collagen Powder. Dengan 7 Ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.
 
Menarik bukan?? Tahukah anda tentang Shaklee Collagen Powder??
 
Semakin kita meniti usia, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yg menyebabkan kekurangan kolagen dlm tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain2.
  • Shaklee Collagen poder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisi semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut kedut.
  • kolagen membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
  • kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yg sihat.
  • kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik.
  • kulit juga akan sembuh dgn cepat dan akan membantu mengurangkan parut.
  • kolagen membantu menghilangkan tanda penuaan.
  • kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan menjadi rapuh.
  • kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran sendi.
  • kolagen juga baik untuk mata dimana kornea mata memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • kolagen memastikan otak sentiasa sihat dimana sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan disokong oleh kolagen. ini adalah penting untuk menentukan agar otak mendapat manfaat kolagen agar minda tetap berkeadaan baik walaupun semakin bertambah usia.
Sharing is Caring!
 
Hubungi saya untuk mendapatkan Shaklee Collagen Powder ini..
Syamsila Abd Kadir
SID1139304
0137445591

Monday, May 26, 2014

VIVIX SHAKLEE

Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetic yang menolong melambatkan proses penuaan pada tahap sellular dan lebih dari itu.

Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada 4 mekanisma utama penuaan pada tahap sellular:
1. Melindungi & membaiki sellular DNA
2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetic
3. Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
4. Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products)

Vivix juga membantu menjaga / memelihara:
- kesihatan jantung
- kesihatan otak
- kesihatan system imun
- kesihatan sendi
- perlindungan antioksidan
- peningkatan tenaga pada tahap sellular
- kesihatan dan kesejahteraan

tu dia.. model vivix tonik ajaib Shaklee dah kuar dah.. Alhamdulillah abah saya semakin baik dgn mengamalkan vivix Shaklee.. Mudah2an sihat2 sokmo...

Hubungi saya untuk keterangan lanjut:
SYAMSILA ABD KADIR
SID1139304
0137445591
syamsila@gmail.com

SAYA DAN SHAKLEE

Assalamualaikum...


Kenal Shaklee dah lama.. Guna Shaklee pun dah lama.. jatuh cinta dengan Shaklee pun dah lama.. tapi jadi Keluarga Shaklee baru sebulan..  bak kata orang tak kenal maka tak cinta... dulu x jadi ahli.. sekarang dah jadi ahli.. Alhamdulillah Allah bukakan pintu rezeki untuk saya dan temukan saya kembali dengan sesuatu yang pernah saya cinta..

Thanks to my fren Zaireen yang byk guide saya dan byk bagi sokongan pada saya.. byk bagi kata2 semangat utk menghadapi ujian dan dugaan hidup dengan penuh kesabaran.. teringat masa zaman di KYPM dulu.. kami sama2 study.. sama2 diskusi.. akhirnya kami dipertemukan semula dalam keluarga Shaklee.. walaupun sudah lama tidak bersua muka namun dekat di hati lebih2 lagi apabila dah jadi sebahagian daripada keluarga Shaklee.. thanks mama yin.. Really Appreciate it so much!

Mudah2an Allah permudahkan segala urusan saya dunia dan akhirat..

Sekian untuk entry kali ini..

Jumpa di Next Entry ok!

Sunday, May 25, 2014

HAPPY 5TH WEDDING ANNIVERSARY

Assalamualaikum & salam sejahtara buat semua blog reader yang sudi menjengah blogku yg x seberapa ini.. Alhamdulillah 24hb May 2014 adalah Ulangtahun perkahwinan syam dan azam yang ke-5.. baru 5 tahun.. A long journey to go.. Syukur atas rasa bahagia dan cinta ini ya Allah.. Semoga kasih sayang dan ikatan cinta ini kekal hingga ke jannah dan sentiasa dalam redha & kasih sayang Allah yg berpanjangan dalam meniti kehidupan menuju keredhaan Illahi..
 
Lama sudah x update blog nie.. apepun rasanya macam nak aktifkan semula blog yang hidup segan mati tak mahu ni.. InsyaAllah akan ku cuba usahakan sehabis baik untuk menulis dlm blog ini.. tak kisahlah apa2 shj samada tentang diri, family mahupun bisnes.. Bisnes?? ehem.. ehem.. saya pun org bisnes jugak...
 
Semoga Allah permudahkan segala urusan pekerjaan saya juga permudahkan perjalanan bisnes saya dan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah kepada saya untuk perjalanan menuju redha Illahi.. Harta yang kita ada tu kan sebahagiaannya ada hak org lain.. mudah2an ada rezeki boleh dibahagi2kan hak itu kepada yang berhak..  Amin...
 
Selanjutnya saya akan berbicara pasal kesihatan... Kesihatan adalah anugerah yg tidak ternilai... Jumpa di Entry yang lain!!!
 
Wassalam..
 
 



Monday, November 25, 2013

My Cousin's Wedding 16.11.2013

Salam to all bloggers and readers.. actually tiap kali aku post entry hati ni tertanya2.. ade ke makhluk yg baca blog aku ngeh3.. x kisahlah blog aku, aku punyer sukalah.. jikalau x suka xpe tp jangan mengata hehe....
 
2 minggu lepas adalah wedding cousin I anak maklong I yg kat Seberang Takir, Terengganu... the whole family members were gathered kat sana... amzar naik flight tuuu... comey jer... apepun happy2 gak tp x berapa nk happy sgtlah coz my daughter demam, muntah2... kesian dia.. x leh nak menikmati percutian... ikutkan nak gi Gambang Waterpark tp x jadi memandangkan zhafeerah x sihat.. xpelah saying.. lain kali kiter ajak ucu lagi gi mandi kolam k...
 
apepun tahniah buat my cousin Norehan & Ibrohim Hanif semoga baitulmuslim yg dibina kekal hingga ke jannah serta mendapat sakinah, mawaddah wa rahmah.. amin ya Rabbal A'lamin...
 
tepek gambar sikitlah... x amik gambar pun just cilok dr FB je..
 


oklah...comey je diorang berdua ni... sama cantik, sama padan, sama pandai, sama2 study oversea.. semoga sama2 bercinta hingga ke syurga..
 
tu je entry kali ni... x byk pic coz pic dlm camera shima.. next time upload lagi k..
 
that's all.. mood x berapa nk ada... oklah nie dpt post new entry :)
 
assalamualaikum...
 

Monday, October 21, 2013

BOLA OH BOLA

Salam to all readers..
 
Hari ni rasa mcm tertekan sangat2.. sebenarnya dh lama tertekan atau dlm bahasa inggerisnya STRESSSSS!!!! aku pun x tahu lah apa nak jadi dengan keadaan sekarang ni.. dulu bila keje, rasa sgt2 bersemangat, feel dengan kerja, happy dengan apa yg kita buat especially bidang kerja.. tolong menolong sesame staff, toleransi antara staff.. keje banyak mana pun tp hati tenang je.. happy je.. x pernah rasa terbeban..
 
Tapi itu dulu.. sekarang baru aku tahu apa itu stress keje... dah 8 tahun pun aku keje kat Suria Bistari nih... emm lama kan!! sejak grad sampailah la ni... eh! eh! mcm x sama je tajuk dgn isi??? sebenarnya benda yg sama...
 
Actually apa yg aku rasa skrg ni aku mcm BOLA bak kata zhafeerah "BO- Bo LA-La =BOLA.."
apa tidaknyer sejak aku keje kat sini mmg dh biase pun rojak.. (kalau rojak manis ke rojak petis ke sedap gak kan.. ) apa yg disuruh buat aku buat... no hurt feeling pun.. tapi skrg ni lantunan BOLA tu dah semakin mengganas... kejap aku kena jadi keeper, kejap aku jadi center, kejap aku kat pertahanan, kejap aku penyerang... penatlah mengejar BOLA yg satu tp dengan pelbagai2 posisi.. x boleh ke cukup dengan 1 atau 2 posisi??? aku jadi pening lah... huru hara haru biru jadinya... Berat Mata Memandang, Berat lagi Bahu Memikul.. ntahlah sampai bila penderitaan ini akan berakhir..
 
Apepun aku masih bersyukur kerana bukan tergolong di kalangan penganggur... syukur ada rezeki untuk sendiri, keluarga dan anak.. I'm Not Complaining just Express My Feeling... Harap dipermudahkan segala urusan... Apa yg penting bersabar.. bersabar.. dan bersabar.. kalau aku boleh bersabar 8 tahun.. kenapa tidak sebulan dua kan?? for those blog readers yg ada baca entry nih if ada LOBANG LOBANG HIDUNG KERJA please inform k.. dh byk berusaha gak nie tp belum ada rezeki.. keje kosong byk tp Luar negeri Johor.. maklumlah eden ni bukan mudo laie.. dah tuo dah.. hutang bertingkek tingkek.. hehehe...
 
Kalau ada rezeki & peluang kerja di tempat lain apa salahnya mencuba kan... nak test power kata org tue... cari pengalaman & environment baru.. bukan demand tp tukar angin..
 
Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menepuhi hidup yg penuh cabaran dan dugaan ini ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik untukku & keluargaku... amin....
 
Wassalam...

POTRAIT

salam to all readers..

Untuk tatapan semua, I nak tepek picture2 kegemaran I yang sudah di edit oleh my adik ipar En Firdaus... saje nk cuci2 mata hehehe...

 
 putih2 melati.. kuning2 diraja.. merah2 delima... semua gorgeous belaka... lalalalala....

 
Semoga menjadi keluarga mawaddah wa rahmah.. amin..



ok u ollss... I tak pernah tepek picture2 ni kan... so ini untuk semua peminat I (perasan retis pulak!)

ok.. jumpa lagi di lain entry..

Salam...

COUSIN ENGAGEMENT DAY

Salam to all readers..

Semalam 20.10.2013 kami sekeluarga berhujung minggu di Tenggaroh Selatan.. Menghadiri Majlis Pertunangan Sepupu En Husband.. jumpa sedara mara, makcik2, pakcik2.. makan byk.. (habislah diet aku ngeh3) Meriah... Seronok jln2.. walaupun penat tp happy.. tumpang happy.. Tahniah to tika n en tunangnya.. semoga sabar dlm tempoh bertunang... darah manis kata org.. Semoga happy2 selalu... Majlis nnt jangan lupa jemput ye...

So, mcm biasa I tepek sekeping dua picture cik tika kiter yg gorgeous... sorry cilok dari FB hehehe...




oklah tu je buat kali ini.. Jumpa lagi di next Entry okay!

Salam...

Sunday, October 20, 2013

JARI JEMARI MENARI SEMULA: PART AKHIR

Salam semua..
 
dh sampai pun ke Part Akhir.. tp bukan pengakhir entry blog occay.. ni pengakhir cerita Jari Jemari ler.. maksudnyer citer2 yg dh nak jadi pekasam hahaha... apepun nk update gak..
 
AKU DH JADI MAKLONG!
"Tanggal 31, Bulan 08 2013!!!" lahirlah seorang putera permata hati Bonda Raihana & Ayahanda Firdaus setelah menunggu... akhirnya!!! jeng.. jeng.. jeng... ANAK MERDEKA!!!! Alhamdulillah Muhammad Aish Amzar lahir sempurna, putih melepak dan sekaligus naik pangkatlah aku menjadi MAKLONG!!!! Happy sgt2.. akhirnya dh sepasang lah cucu Hj Kadir & Hjh Norizan... semua org happy.. semoga anak maklong sihat, menjadi anak yg soleh, kebanggaan keluarga, menjadi insan harapan agama, bangsa & Negara.. semoga menjadi seorang Khalifah & Pemimpin yg bakal mendoakan dan membawa ibu bapamu ke syurga yg abadi insyaAllah.... Tahniah kepada Raihana & Firdaus and welcome to Parenthood... didiklah anakmu dengan iman & takwa dan byk2 bersabar dlm menempuh alam keibu bapaan.. semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat...
 
so nk tepek jugak beberapa keeping gambar Amzar utk tatapan blog readers semua...
 
Jumpa lagi di lain Entry!
 

JARI JEMARI MENARI SEMULA: PART 2

salam u olls..
 
bertemu lagi di entry seterusnya Part 2:  haha semalam cuti ahad u ollss manelah sempat nak update new entry.. hari ni ada sikit free so, sambunglah update hehe..
 
STOP INJECTION DEPO
21hb June lepas aku dh stop Injection Depo... 3 bulan sekali x miss cucuk vontotss so akhirnya aku dh mula stop n bersedia untuk preggy semula.. tp sampai skrg ni belum ada rezeki.. masih berusaha dan terus berusaha.. sesiapa yg baca entry nih mohon doanya ya.. rindu nk ada baby lagi n breastfeeding journey.. hope kali ini lebih success daripada journey yg lepas amin... masa Ramadhan Alhamdulillah cukup puasa aku ingatkan dh pregnant rupanya belum ada rezeki... period pun x menentu lagi... dlm proses, berurut, sengkak, bertungku untuk normalkan balik period time.. mudah2an semuanya dipermudahkan...
 
AIDILFITRI 2013
Alhamdulillah Aidilfitri kali ini sangat meriah coz ada ahli2 baru bertambah dlm keluarga.. paling best dpt mengumpulkan ahli ahli waris Arwah Hj Juffri  & Hjh Siti Hasnah dalam sambutan yg gilang gemilang siap ada buletin keluarga lagi... siap masuk Metro & BHarian.. Alhamdulillah semoga ikatan silaturrahim semua ahli waris berkekalan hingga ke akhir hayat.. sempat jugak aku cipta seloka khas untuk sisipan Buletin Keluarga Keluaran Sulung.. mudah2an kalau diberi peluang & ruang, boleh berkarya lagi...
 
Last but not least, I "tepek" keratan akhbar Harian Metro utk tatapan.. tapi gambar I takde.. sedih u olls... xpelah... yg penting semuanya happy...

 
See u in the next Entry!

Friday, October 18, 2013

JARI JEMARI MENARI SEMULA: PART 1

Assalamualaikum to all readers.. (masih ada ke org minat baca blog aku yg hidup segan mati x mau nih?? )what ever lah asalkan aku bangga ada blog sendiri.. apa yg aku tulis pun pasal diri aku sendiri... sesungguhnya berbalik kepada "Meneliti Kehidupan Menuju Keredhaan Illahi"
 
Lama sungguh jari jemari ni x menulis dlm blog.. apa nak buat kebizian yg sgt byk menyebabkan kdg2 aku tak sempat nak tulis ape2 pun sedangkan byk perkara berlaku dlm kehidupan aku pd tahun 2013 nih... Last post bulan February 2013.. mak oiii lama betul x update..
 
byk yg aku nk ceritakan sepanjang tahun 2013 nih tp satu2 lah eh.. byk sgt kang pening lak baca.. ade jugak yg aku x ingat hahaha...
 
FAMILY DAY 2013
Alhamdulillah Chinese New Year yg lepas telah selamat handle Family Day sebelah mak,  ada sukaneka, ada cabutan bertuah, of course ada MAKAN MAKAN!!! emm sedap betul lebih2 lagi ada yg bakar2 ayam, ikan.. ape yg penting semua org happy dpt jumpa adik beradik, makcik pakcik, cousins, cucu2 especially atok n nenek tersayang... cuma maklong n family je x dpt nak join, hope next family day dptlah join.. mudah2an pertemuan & perpisaha kami pada hari itu diberkati oleh Allah.. semoga ikatan persaudaraan ini hingga ke syurga... amin... next plan belum tahu lagi... mudah2n dipermudahkan segala urusan... tiba2 teringat arwah cik faizah... kalau dia ada mesti lagi best (semoga arwah tenang di sana Al-Fatihah...)
 
MOTHER'S DAY 2013
Bila tiba bulan May, maka byklah moment2 penting yg berlaku.. Terima Kasih ya Allah kerana memberiku peluang untuk menjadi seorang ibu.. Semoga setiap perkara yg aku lakukan mendpt paal dan keberkatan dariMu jua.. walaupun tiada sambutan namun aku pasti, setiap ibu2 di muka bumi ini gembira menjadi ibu... Happy Mother's Day untuk diri sendiri, untuk mak & ibu mertuaku.... Love u always!
 
MY 31ST BIRTHDAY 2013
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini.. masih diberi kesempatan untuk menikmati segala kurniaan Allah, aku masih ada mak n abah yg sgt2 aku syg, masih ada ibu mertua, masih sentiasa berkasih syg dengan my beloved husband dan yg paling bermakna masih dpt melihat keletah anak daraku nur zhafeerah.. gelak tawa dan tingkah lakunya menjadi penawar di kala duka... walaupun x dpt hadiah istimewa namun aku bersyukur kerana dikelilingi insan2 yg tersayang.. Semoga Allah panjangkan umurku, Luaskan rezeki ku sekeluarga, semoga aku sentiasa berada dlm perlindungan dan kasih syg Allah yg berpanjangan, semoga aku diberi kekuatan, kesabaran dan ketaqwaan dlm mencari redhaNya..
 
MY SISTER'S WEDDING
another sister's wedding selepas Raihana & Firdaus November 2012. Shima & Zul punyer Wedding bulan May 2013.. Alhamdulillah semua majlis berjalan lancer.. terima kasih pd semua yg terlibat dlm menjayakan majlis walimatulurus keluarga HJ Abd Kadir & Hjh Norizan.. Allah jua yg dpt membalasnya.. Semoga shima & zul sentiasa sabar dan dipermudahkan dalam mengharungi hidup berumahtangga... semoga berbahagia hingga ke jannah.. amin... tahniah mak n abah kerana menerima menantu lagi...
 
MY 4TH WEDDING ANNIVERSARRY
Another event bila menjelang bulan May 2013.. dah 4 tahun dah aku hidup berumahtangga.. mcm2 perkara suka dan duka yg berlaku.. biaselah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...  apepun many more years to go.. semoga ikatan cinta kami kekal hingga jannah.. amin... x byk yg nak diceritakan apepun terima kasih ya Allah atas rasa bahagia ini...
 
to be continue... byk lagi cerita nk update hehehe... see u next post!
 

Tuesday, February 5, 2013

Family Day 2013

Salam..

Hari ni saje je nk story pasal Family Day this coming Chinese New Year.. seronoknyer.. byk plan nak buat.. semoga Allah permudahkan segala urusan kami satu family.. Kami berfamily day di Mersing je.. kampung Nenek & Tokki tercinta... nak raya cina ni biasanya hujan je.. harap on that day x hujan lah..

nnt after family day baru update pasal ni k..

beransur dulu.... jumpa lagi di entry akan datang..

** saje je melepaskan boring huhu

Thursday, January 31, 2013

WISHLIST 2013

Masuk ke tahun baru masing2 sibuk dengan azam baru kan? masing2 sibuk dengan harapan dan impian agar apa yg dihajati tercapai... begitu jugak dengan aku.. setiap tahun azam bertukar.. cuma satu2nya AZAM yang takkan bertukar dan setia hujung nyawa ialah my HUBBY AZAM hehehe.. sesiapa yg nama laki dia AZAM pasti xkan berubah cintanya pada AZAM yang satu ni kan...

Selama ni aku x pernah ada wishlist.. sekadar makluman dalam hati je.. tu yg ada tercapai ada yg tidak hehe.. berikut adalah WISHLIST aku utk tahun 2013 nih:

1. OVEN
2. NEW SPECTACLES
3. NEW HANDBAG
4. LOSS WEIGHT 

x byk pun wishlist aku utk tahun ni.. semoga tercapai amin... Alhamdulillah satu daripada WISHLIST aku dah tercapai.. OVEN dh settled.. Thanks to my sister Raihana! so, boleh kasi potong wishlist no.1 ye..

apepun smeoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga, luaskan rezeki kami dan sentiasa memberi perlindungan kepada kami sekeluarga dunia akhirat.. amin...

jumpa lagi di lain entry! wassalam...

Monday, January 28, 2013

SAYA DAH DAPAT PHD!!!

Alhamdulillah... syukur yang tidak terhingga aku panjatkan pada Allah S.W.T. kerana memberi aku peluang, kemudahan, kurnia, nikmat rezeki serta kesempatan untuk aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang ibu. Alhamdulillah January 2013 aku telah berjaya mendapatkan PHD walaupun bukan dalam bidang Pendidikan.. Namun ianya sungguh bermakna buat diriku..

Segala jerih perih, susah payah, suka duka, pahit manis dan berbagai2 dugaan yang aku telah hadapi sepanjang 2 tahun ini, akhirnya membuahkan hasil yang cukup bermakna... suatu pencapaian yg membanggakan kerana dpt memberi hak seorang anak "AIR SUSU IBU" untuk permata hatiku.. NUR ZHAFEERAH selama 2 tahun... Inilah PHD yg aku maksudkan... 

Alhamdulillah tanpa sokongan mak, abah, ibu mertuaku, adik2ku, kawan2 yg memperjuangkan Penyusuan Susu Ibu.. terutama suami yg tercinta.. tidak mungkin semua ini menjadi kenyataan... Syukur... syukur... syukur.... 

1st Mission is completed... ada lagi Satu Misi yg perlu diselesaikan sebelum menambah anak hehehe... Semoga Allah permudahkan segala urusanku.. amin...

BERSAWANG SUDEHHH!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua bloggers di alam cyber ni. x tahu lah kan samada blog aku ni ade org baca ke tak? Kepada yg sudi jenguk2 @ singgah2 blog aku yg tak seberapa ni terima kasihlah ye.. harap korang x sakit hati sbb dh lama giler aku x update blog... (sampai terlupa camne nk type blog)

X silap aku last aku update blog ialah masa aku masuk giveaway CPB (Cik Puan Bunga) dapat Naib Johan lagi.. thanks yatt!! pastu ntah bersawang, bertahi lalat, tahi cicak, sarang labah2 pun penuh dlm blog aku nih... sikit2 nnt kasi buang lah ye...

Sebenarnya aku dh boring x tahu nk buat ape.. sampai aku terlupa yg aku ada blog.. kan boleh tulis mcm2 kat sini kan.. oh ye.. harap belum terlambat lah nk wish SELAMAT TAHUN BARU 2013.. baru bulan January kan.. kalau dh bulan December tu mmg x boleh dimaafkan lah ye.. oleh kerana byk benda aku nk story mory.. kiter tunggu di lain entry k.. nak kena plan dulu.. jgn plan je tp new entry tak jalan kan!! Mudah2an diberi kemudahan dan kesempatan untuk terus menulis apa je yg aku nak tulis...

ok.. setakat ini dahulu.. jumpa lagi di next entry..

p/s: sebenarnya nk study balik pasal blog ni coz dh terlupa.. hehehe.. jgn maraaaaa!!!

Tuesday, November 8, 2011

Mega Giveaway CPB: Mehlah Kritik Kalau Berani




Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa sempena zhafeerah 10 month hari ni, saya ingin meraikannya dengan join Mega Giveaway CPB: Mehlah Kritik Kalau Berani. Niat di hati bukan nak kutuk, bukan nak mengata tapi sekadar meluahkan rasa, mencuba jaya, kritikan saya pjg berjela, sudikanlah CPB baca, walau sampai berpinar mata, mana tahu rezeki saya, dapat hadiah dari Cik Puan Bunga cewah!! mcm pantun lak.. pantun berkerat2...



Actually terus terang akak katakan akak ni bukanlah expert sangat dlm bidang blog nie, saje jadikan blog sebagai tempat mencurah rasa. nak baca blog ko ni yatt pergghhh sampai berpinar2 mata akak nk review entry2 yg lepas sejak dari tahun 2001.. apepun kelassssss ko yatttttttt!!!!!



Meh2.. baca, akak nak kritik ko nie.. jangan nangis tau! kalau nangis jugak akak pedulik haper.. ada aku kesah!!! hehehe...




1) CPB aka Cik Puan Bunga


dari dulu akak nak tanya tp x tertanya2.. apesal CIK PUAN BUNGA??? nape x daun ke, kertas ke, tanah ke, bumi ke, godzilla ker?? ader ape2 yg special ke?? pastu kata ko belajor tinggi2 sampai universiti, jadik cikgu cikgi mendidik anak bangsa, tapi bahasa ko pun mcm x betul je.. BAHASA kan JIWA BANGSA.. BUNGA tu ade jantina ke boleh letak Cik or Puan?? kalau salah satu ok gak.. ni dahlah ade CIK, ada PUAN lagi.. x paham.. x paham.. yang paham cuma CPB jer kan jonet kan!! apepun akak respectlah blog ko ni agak terkenal yek!! sampai ada org sanggup tiru blog ko nie.. and i know there must be something special about that title CIK PUAN BUNGA.. sentimental value tuuu.. apepun akak suka baca entry2 dlm blog ko nie.. ada style lah!!!!




2) Design Blog ( Header, Template, Colour and etc)
Apa kejadahnyalah ko letak kasut, handbag tu?? akak tahulah ko byk koleksi kasut n handbag kan.. x payahlah nak eksen letak sumer tu kat header.. akak lebih suka kalau ko letak pic family cartoon sebelum2 ni.. nampak lebih sopan dan comey jer... tapi lantaklah kan! kan blog ko, suka hatilah nak letak header ape ye tak?? akak pulak yg menyibuk2 kih! kih! kih! pastu asyik tukar2 design n colour je.. mcm x tetap pendirian pulak! tgk mcm akak ni.. design n kaler tu je x tukar2 (aku yg x reti sebenarnya keh! keh!) tp aku tahu jauh di sudut hati aku, bagus gak ko tukar2 sbb x bosan mata memandang, nampak ceria, colourful.. apa yg best blog ko ni, ada gaya tersendiri, x meniru mana2 blog lain dan sentiasa update.. (bukan mcm aku malas tahap gajah).. tapi bosan gak takde music or lagu2 kan?? maybe boleh tambah background music kot.. nak best lagi ikut mood n entry.. cth kalau entry raya letaklah lagu raya, kalau time Hari Guru letaklah Lagu Kami Guru Malaysia!!! (boleh ker ngeh3.. akak sedap order je kan!)




3) Susun Atur
ko paham ke maksud susun atur tu?? x paham buat2 paham lah ye.. maksud akak yg labelling2 tu.. siap ada MAMAHOOD lah.. ADAM IRFAN XAHARIS lah.. ntah aper2 lah.. mcm ko sorang ade anak, macam ko sorang yg pernah pregnant kan!! anak satu bolehlah bila dah anak berderet2 emm ntah buat ntah tidak.. tapi bila fikir2 balik seribu ratus kali, apa yg ko buat tu x semua org boleh buat, boleh dipujilah.. labelling yg tepat, kemas, teratur dan mudah nak search n go through entry yg mengikut kronologi and step by step. Kedudukannya pun x nampak serabut dan x sakit mata.. hope bila ada anak yg ke-2, 3 dan seterusnya keep on blogginglah ye.. kalau akak ni rajin dan reti buat, akak pun buat mcm ko gak.. huhu..




4) Entry


ayat2 ko dalam entry2 dlm blog ni mmg campur haduk mcm nasik kerabu biru yg dah digaul dengan ulam2, budu, sambal ikan, keropok, solok lada, daging bakar, telur masin (perghhh sedapnyer nasik kerabu!!!) kalau hantar kat DBP @ Dewan Bahasa dan Pustaka confirm byk lampu merah, byk kena potong (mcm filem lucah plak!).. ko campur adukkan bahasa melayu & bahasa inggeris.. (ayat aku pun tonggang langgang gak huhu) akak tahu ler ko cikgi english.. bila bab entry english wahhh kelass jugak ko eh! ade gak perkataan2 yg akak terpaksa menyusahkan diri tgk kamus.. ade gak yg x faham tp buat2 paham udah ler.. akak yakin & pasti ayat2 pedas yg ko tulis tu sure hot & spicy mengalahkan KFC bila terkena tempiasnya.. tp akak pedulik aper.. akak kan budak baik & solehah (perasannyer) x pernah buat org sakit hati betul x?? sbb tu akak x terasa dgn penulisan ko yg menyakitkan hati org ngeh3.. picture2 yg diletak adakalanya x sesuai dan ntah ape2 ntah.. gmbr perut lah.. gmbr terbaliklah... gambar makananlah... huhu...



yang akak suka pasal entry2 ko kan.. semuanya xde isu hipokrit atau perasan cantek.. maybe ada yg ckp ko ni perasan voguelah, eksen x bertempat lah, high class punyer orglah, pedulikanlah apa org ckp.. jadilah diri sendiri bukan klon sesiapa.. apa yg ko tulis semuanya nukilan peribadi, tulus dari hati, apa yg terlintas, itu yg ditulis.. blog sendiri kan.. peduliklah nak tulis hape kan! sape yg baca dan agak2 meluat or menyampah dgn ayat2 ko dlm entry tu lantak pi lah depa! sape suruh baca ye tak?? picture yg diletak tu kekadang ntah ape2 tp itulah namanya SENI.. maybe next time leh try letak video pulak.. video adam menangis kena tarik telinga ker hikhikhik... pada akak la, apa yg tertulis haruslah jujur dari hati, bukan senang nak buat entry kan ( sbb tu aku jarang update blog ngeh3). Menulis blog ni pada akak adalah salah satu cara kita meluahkan perasaan kita happy, sedih, kecewa, marah, geram etc.. so jgn berhenti berblog selagi hayat dikandung badan, zaman sekarang org dah x berdiari dah dik oii, berblog lebih mengujakan :)




5) Entry yg paling akak suka!!


ada 2 entry yg paling akak suka antara byk2 entry ko jeng.. jeng.. jeng..




Entry 20 July 2010 - Of Hello Baby Adam. I'm sure itu adalah detik kebahagiaan yg paling indah selepas your wedding day kan!!



Kenapa akak suka entry nih??


a) ayat2 dlm entry nih sgt2 jujur, penuh adab sopan, tatasusila, kemas, teratur dan sgt2 ikhlas dari hati.



b) mengikut kronologi siap waktu demi waktu, bila akak baca pun seolah2 merasai apa yg ko rasai waktu tu..



c) bukan senang nak buat entry detik2 kelahiran baby, nak mengungkapkan perasaan masa tu bukan senang, menerangkan x sama merasai sendiri keadaan tu kan.. akak sendiri pun xde entry detik kelahiran zhafeerah.



d) akak belum ada experience bersalin normal, so bila akak baca entry ko, terasa ngeri jugak ler tang jahit koyak tu pergghhh... kdg2 terfikir jugak nak ceaser lagi takut kena koyak kat bawah padahal kat perut tu lagi byk koyak rabak huhu...



Entry CIK PUAN BUNGA nak tau kenapa??



a) x kenal maka x cinta, walaupun akak ni kenal ko dari zaman hingusan lagi, zaman sekolah rendah, sama2 jd pengawas, sama2 masuk koir sekolah.. tp bila baca entry ni, teringat2 masa zaman sekolah dulu dgn z,n skrg sudah jauh berubah.. dari zaman comot momot, skrg dah jd jelita.. dh jadi seorang isteri, ibu dan pendidik masyarakat... siapa tgk entry ni, dia akan tahulah siapa CPB yang menjadi pujaan ramai tuu hehehe...



b) pelik bin ajaib bin hairan sbb entry ni ditulis pada 20/10/2005 tapi mcm mana boleh isi entry nih ada pic wedding u n ur husband & baby adam?? sdgkan at that time mereka belum sah menjadi kesayangan u yg mutlak kan! ke akak yg x reti huhu.. apepun sgt unik...



c) simple, ringkas, padat, sweet, tepat, berinformasi, pendek kata awesomelah! pic yg diletak dlm entry ni sgt2 sesuai n cantek utk menggambarkan SIAPA CPB.. :)



d) entry ni ada link dgn entry of Hello Baby Adam.. entry lain ado?? suratan atau kebetulan yek??




phuiiiihhhh..... leganya dah selesai mengkritik blog CPB nie.. bukan senang nak kritik tau... apepun akak harap segala kritikan ni menjadi penguat semangat CPB utk terus berkarya cewah!!! dan menulis blog.. sape tahu akan dtg boleh jadi tatapan anak cucu cicit... kadang2 bila teliti balik bait bait ayat yg ditulis, sepertinya x sangka dpt menarikan jari menaip keyboard menulis nukilan peribadi yg tulus dari hati mengikut ekspresi seni yg halus dari minda sendiri kan... akak doakan CPB sentiasa tabah dalam menghadapi apa jua kehidupan pahit manis yg dilalui... sesungguhnya PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA....




Mengkritik sudah mengomen sudah,

Tiba masa mengundur diri,

Andai ada silap dan salah,

Maaf dipohon dua puluh jari


Adam ketawa ternganga-nganga

Hafyzal sayang anak dan isteri
Terima kasih Cik puan Bunga

Kerana sudi baca entry ini



Pahit manis kelat masin

Marah senyum geram ketawa

Inilah dia norhayati isnin

Teruskan berblog pedulikan apa org nak kata



Selesai sudah tugas saya
Jalankan pula tugas Cik Puan Bunga

Andai ada rezeki saya

Salah satu hadiah saya punya