Tuesday, January 19, 2010

SEMANIS KURMA

Semanis Kurma, Siaran Ulangan, Jumaat, 15hb Januari 2010, 1.00 petang, TV9

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita sama2 berkongsi sedikit ilmu pada hari ini..

Saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu topik istimewa yg dibincangkan dalam rancangan ilmu “Semanis Kurma” dengan tajuk “BERKORBAN UNTUK PERMATA HATI”. Walaupun siaran ulangan, namun penuh dengan pengisian dan ilmu yg boleh dimanfaatkan oleh kita semua sebagai panduan terutama dalam mendidik anak2..

Antara kesimpulan pengisian yg dpt saya kongsikan ialah:

1) Konsep A-N-A-K
Amanah, maksudnya anak itu adalah amanah yg diberi oleh Allah kepada umat manusia yg lahir dari benih kasih sayang antara ibu dan ayahnya. Setiap pasangan yg mendirikan rumahtangga semestinya menginginkan zuriat atau permata hati yg bakal menjadi waris atau penyumbang kepada bertambahnya umat nabi Muhammad s.a.w yg berkualiti dan menegakkan agama Islam pd masa akan datang.. maka sebagai ibu bapa, hendaklah menjaga amanah Allah ini dengan sebaik2nya dan berikan didikan yg sewajarnya bagi memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.

Nasihat, maksudnya ibu bapa yg mencorakkan kehidupan yg bakal ditempuhi oleh anak2nya.. dalam memberi didikan dan nasihat, hendaklah bermula dari kecil bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa hendaklah memberi nasihat dan didikan yg baik tanpa mengenal erti jemu dan putus asa.. ibu bapa itu sendiri haruslah menjadi contoh tauladan yg baik sebagaimana akhlak yg ditunjukkan oleh Rasulullah dalam mendidik anak2, isteri, keluarga, sahabat2, masyarakat dan seterusnya umat islam dulu, kini dan selamanya…

Anugerah Allah.. anak itu sendiri adalah anugerah atau hadiah dari Allah yg tidak ternilai dan tidak boleh dibeli dimana2 kedai, supermarket atau di “shopping complex”.. anak2 lahir dengan izin Allah dan merupakan suatu rezeki yg sangat besar.. oleh itu, berilah nama yg baik2 kepada anak2 kita dan sentiasa panggil anak2 kita dengan nama yg baik2 itu.. sesungguhnya nama mencerminkan sifat dan keperibadian seseorang… dengan nama yg baik, seterusnya akan memudahkan urusan mendidik anak2 yg tentunya penuh dengan cabaran..

Keredhaan Allah.. sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah dalam apa jua perkara yg kita lakukan.. sesungguhnya mencari keredhaan Allah itu adalah suatu kewajipan sebagai umat Islam.. insyaAllah apa jua yg kita lakukan akan mendpt barakah dan perlindungan dari Allah terutama dalam mendidik permata hati..

2) Amalan semasa peringkat kehamilan
Bagi ibu-ibu yg sedang hamil dan menanti kehadiran permata hati, ada beberapa amalan yg boleh diamalkan bagi memastikan keadaan ibu dan bayi sentiasa selamat dan berada dalam perlindungan Allah:-
- sentiasa menjaga pemakanan semasa tempoh kehamilan, makan makanan seimbang, makan makanan yg halal dan diyakini bersih. Ini kerana apa yg dimakan oleh kita akan menjadi darah daging dan mengalir ke tubuh bayi yg dikandung.
- Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yg buruk dan dilarang oleh Allah. jaga pandangan mata daripada memandang perkara-perkara yg tidak elok. Jaga percakapan dan tutur bicara.
- Amalkan membaca surah-surah pilihan seperti Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Luqman dan sebagainya.
- Memperbanyakkan amalan-amalan yg dituntut oleh Islam seperti membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa sunat, bersedekah.
- Banyakkan berdoa kepada Allah memohon supaya diberi kesihatan dan keselamatan di sepanjang tempoh kehamilan hingga melahirkan. Banyakkan berdoa memohon agar diberikan zuriat yg soleh dan solehah insyaAllah..

3) Dalam mendidik anak-anak dalam keluarga, adalah disarankan agar sesuatu institusi keluarga itu mengamalkan konsep berjemaah dalam apa jua aktiviti yang dilakukan bersama-sama isteri dan anak-anak. Sebagai contoh, solat berjemaah, makan bersama, beriadah bersama, membaca Al-Quran bersama-sama, bergotong royong bersama-sama. Ini sekaligus dapat mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Di sini juga dapat ditunjukkan ibu bapa sebagai contoh tauladan yg baik dimana anak-anak akan mengikuti apa yg dilakukan atau diamalkan oleh ibu bapanya dan semestinya perkara yg baik dan akhlak serta peradaban yg baik..


4) antara doa-doa yg boleh diamalkan semasa tempoh kehamilan:-

- Surah Al-Furqan ayat 74.
- Surah Ibrahim ayat 41
- Surah As-Safar ayat 100


Alhamdulillah semoga dengan sedikit perkongsian pada hari ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan kita sebagai ibu bapa dan juga bakal ibu bapa untuk mendidik anak-anak dan menjadikan keluarga kita keluarga sakeenah, mawaddah wa rahmah insyaAllah.. Semoga ilmu yg bermanfaat ini dapat diamalkan pada masa akan datang. Belum terlambat untuk kita mengubah suasana keluarga kita supaya menjadi keluarga yg harmoni dan penuh dengan kasih sayang dan perlindungan Allah.

Sesungguhnya apa yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri sebagai insan bernama manusia yg penuh dengan kesilapan namun sedang berusaha memperbaiki kesilapan itu.

Terima kasih kepada para pembaca yg sudi singgah sejenak di laman blog saya.. semoga di masa-masa akan datang kita dapat bersua kembali dengan pengisian atau pengalaman yg baru..

p/s: Anak anugerah Allah… Semoga Allah memperkenankan doa saya untuk mendapat permata hati yg soleh dan solehah.. amin ya rabbal a’lamin….

No comments:

Post a Comment