Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..
Marhaban Ya Ramadhan!!! Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem!! Ilalliqa' Ya Syaaban..........
Esok 22hb Ogos 2009 / 1 Ramadhan 1430H umat Islam diseluruh negara akan menjalani ibadah puasa.. Alhamdulillah dgn penuh kesyukuran aku panjatkan pd Allah s.w.t kerana memberi peluang pada diri ini menemui Ramadhan yg penuh barakah.. Bulan yang paling baik dari 1000 bulan.. MasyaAllah betapa besarnya hikmah Bulan Ramadhan..
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"
aku mengharapkan agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas.. sesungguhnya aku berazam utk mempertingkatkan amalan dan memperbanyakkan sedeqah di samping amalan2 wajib.. byk2 zikir, tadarus al-Quran semoga ditingkatkan pahala kita dan mendpt barakah dan hikmah Ramadhan ini...
InsyaAllah ramadhan kali ini first time nak berpuasa bersama suami tersayang.. semoga kami tabah dalam menghadapi Ramadhan kali ini dengan penuh keinsafan dan dipenuhi amalan.. semoga mendapat hikmah dan barakah terutama malam lailatulqadar.. amin ya rabbal a'lamin...
(time ni lah baru sibuk nak fikir juadah berbuka puasa dan bersahur.. dulu masa zaman bujang serah pada bonda.. now bak kata nabil "lu fikirlah sendiri" )
last but not least selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak dari saya sekeluarga..
Wassalam..
Salam Lebaran,
ReplyDeleteselamat hari raya. maaf zahir batin. kirim salam buat suami dan keluarga.