Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

JARI JEMARI MENARI SEMULA: PART AKHIR

Salam semua..
 
dh sampai pun ke Part Akhir.. tp bukan pengakhir entry blog occay.. ni pengakhir cerita Jari Jemari ler.. maksudnyer citer2 yg dh nak jadi pekasam hahaha... apepun nk update gak..
 
AKU DH JADI MAKLONG!
"Tanggal 31, Bulan 08 2013!!!" lahirlah seorang putera permata hati Bonda Raihana & Ayahanda Firdaus setelah menunggu... akhirnya!!! jeng.. jeng.. jeng... ANAK MERDEKA!!!! Alhamdulillah Muhammad Aish Amzar lahir sempurna, putih melepak dan sekaligus naik pangkatlah aku menjadi MAKLONG!!!! Happy sgt2.. akhirnya dh sepasang lah cucu Hj Kadir & Hjh Norizan... semua org happy.. semoga anak maklong sihat, menjadi anak yg soleh, kebanggaan keluarga, menjadi insan harapan agama, bangsa & Negara.. semoga menjadi seorang Khalifah & Pemimpin yg bakal mendoakan dan membawa ibu bapamu ke syurga yg abadi insyaAllah.... Tahniah kepada Raihana & Firdaus and welcome to Parenthood... didiklah anakmu dengan iman & takwa dan byk2 bersabar dlm menempuh alam keibu bapaan.. semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat...
 
so nk tepek jugak beberapa keeping gambar Amzar utk tatapan blog readers semua...
 
Jumpa lagi di lain Entry!
 

Monday, January 28, 2013

SAYA DAH DAPAT PHD!!!

Alhamdulillah... syukur yang tidak terhingga aku panjatkan pada Allah S.W.T. kerana memberi aku peluang, kemudahan, kurnia, nikmat rezeki serta kesempatan untuk aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang ibu. Alhamdulillah January 2013 aku telah berjaya mendapatkan PHD walaupun bukan dalam bidang Pendidikan.. Namun ianya sungguh bermakna buat diriku..

Segala jerih perih, susah payah, suka duka, pahit manis dan berbagai2 dugaan yang aku telah hadapi sepanjang 2 tahun ini, akhirnya membuahkan hasil yang cukup bermakna... suatu pencapaian yg membanggakan kerana dpt memberi hak seorang anak "AIR SUSU IBU" untuk permata hatiku.. NUR ZHAFEERAH selama 2 tahun... Inilah PHD yg aku maksudkan... 

Alhamdulillah tanpa sokongan mak, abah, ibu mertuaku, adik2ku, kawan2 yg memperjuangkan Penyusuan Susu Ibu.. terutama suami yg tercinta.. tidak mungkin semua ini menjadi kenyataan... Syukur... syukur... syukur.... 

1st Mission is completed... ada lagi Satu Misi yg perlu diselesaikan sebelum menambah anak hehehe... Semoga Allah permudahkan segala urusanku.. amin...

Monday, July 11, 2011

6 Month already ^_^

Salam to all readers and bloggers..

pergghhhh lama giler x hupdate benda alah blog nie.. dah bersawang, bert**i cicak sumer gara2 bz + kemalasan yg melampau... hehe.. blog aku pun dh x serupa blog dah.. byk nak kena renovate nie.. kikiki

Sedar x sedar my baby Nur Zhafeerah dah 6 month old... what a wonderful & exciting journey la wa cakap lu... segala pengalaman suka duka, pahit manis, x tidur malam & mcm2 lagi.. baru 6 bulan.. its a long way to go... Ya Allah berilah kesabaran yg berpanjangan....

Alhamdulillah suka sgt menyatakan bahawa i made it! maksud aku saya telah berjaya FULLY BF my baby secara exclusively without any cecair or perasa, pewarna dan yg sewaktu dgnnya.. only My Breastmilk yg tiada tolok banding sedapnya (zhafeerah kata) dan penuh dgn khasiat... mudah2an dpt continue smpi she turns 2 years old..

"Ya Allah permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susuku utk bayiku dan permudahkan segala urusan penyusuanku agar mengikut apa yg telah Engkau syariatkan.. amin"

itu je lah buat masa ni.. nk kena godek2 pulak camne nk cantikkan dan serikan blog aku yg dah usang nie.. huhu.. bila dh upgrade, barulah boleh tulis yg best2...

wassalam...

Friday, February 18, 2011

Adakah aku bermimpi?????

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat2 dan bloggers yg rajin menjenguk blog saya yg x seberapa nie.. rasanya mmg dh lama giler x update ape2 kat dlm blog nie.. dh bersawang dan bertahi cicak nampaknyer.. kuikuikui.. sorrylah ye kpd those fren yg asyik tertanya2 "kenapa lah syam x update blog.. sama je xde perubahan.." apepun andai dpt kuundur masa, akan ku rajin2kan diri menghupdate blog kiki.. malangnya masa telah byk berlalu..

sedar x sedar aku dh jadi seorang ibu.. Alhamdulillah.. syukur yg tidak terhingga aku panjatkan pd Allah Yang Maha Esa atas nikmat rezeki yg dikurniakan.. diam2 ubi berisi tau.. mcm aku gak.. diam2 x update blog, rupanya ada isi dlm perut.. dah kuar pun isi perut tu ngeh3..

thanks to hubby yg byk sgt memberi sokongan dan kasih syg yg tidak terhingga atas segala yg berlaku.. sesungguhnya manusia hanya merancang.. Allah yg menentukan segalanya.. aku bersalin sebulan lebih awal dari jangka masa yg sepatutnya.. tp Alhamdulillah semuanya selamat dan dikurniakan bayi yg sgt comey.. permata hati ibu dan ayah lahir dengan kaedah ceaser pada 9hb January 2011 jam 9.49 pg seberat 4.09kg.. diberi nama NUR ZHAFEERAH yg bermaksud cahaya yg berbahagia/berjaya.. mudah2an anak ibu berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.. amin ya rabbal a'lamin..

oklah setakat ni dulu.. ada masa update lagi.. maklumlah berpantang kat umah mertua xde internet line.. kalau balik umah parents sendiri barulah boleh godek2 internet hehe..

apepun thanks kpd kawan2, saudara mara, sahabat handai yg memberi ucapan tahniah, yg menziarahi saya dan baby, serta yg hadir ke majlis kenduri aqiqah.. semoga Allah memberkati kalian.. amin..

ok.. chow dulu.. wassalam..