Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum..


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua reader.. Semoga penghayatan aidiladha kali ini lebih bermakna.. Sesungguhnya pengorbanan itu adalah suatu jihad jika niat kerana Allah..

Bagi yang pulang ke kampung dinasihatkan agar berhati-hati semasa memandu.. Saya mendoakan kalian dipermudahkan segala urusan dan selamat sampai ke destinasi yang dituju..

Mohon ampun dan maaf atas kesilapan dan kekhilafan sepanjang menulis di blog ini..
Yang baik dari Allah yang buruk dari kelemahan saya sendiri..

Semoga Jemaah Haji yang kini sedang menuju utk wukuf mendapat Haji yang Mabrur dan diberkati Allah hendaknya.. Amin Ya Rabbal A'lamin...


Nota kaki: Niat nak mengerjakan Haji dan Umrah dah ada.. cuma belum ada rezekinya... :)

SALAM AIDIL ADHA
daripada saya dan keluarga...

Monday, January 28, 2013

SAYA DAH DAPAT PHD!!!

Alhamdulillah... syukur yang tidak terhingga aku panjatkan pada Allah S.W.T. kerana memberi aku peluang, kemudahan, kurnia, nikmat rezeki serta kesempatan untuk aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang ibu. Alhamdulillah January 2013 aku telah berjaya mendapatkan PHD walaupun bukan dalam bidang Pendidikan.. Namun ianya sungguh bermakna buat diriku..

Segala jerih perih, susah payah, suka duka, pahit manis dan berbagai2 dugaan yang aku telah hadapi sepanjang 2 tahun ini, akhirnya membuahkan hasil yang cukup bermakna... suatu pencapaian yg membanggakan kerana dpt memberi hak seorang anak "AIR SUSU IBU" untuk permata hatiku.. NUR ZHAFEERAH selama 2 tahun... Inilah PHD yg aku maksudkan... 

Alhamdulillah tanpa sokongan mak, abah, ibu mertuaku, adik2ku, kawan2 yg memperjuangkan Penyusuan Susu Ibu.. terutama suami yg tercinta.. tidak mungkin semua ini menjadi kenyataan... Syukur... syukur... syukur.... 

1st Mission is completed... ada lagi Satu Misi yg perlu diselesaikan sebelum menambah anak hehehe... Semoga Allah permudahkan segala urusanku.. amin...

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan oh Ramadhan

Salam...

Alhamdulillah hari ni hari ke-3 umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan 1432H ini.. semoga jihad kita dlm meneruskan ibadah puasa dipermudahkan oleh Allah.. Alhamdulillah Allah masih beri rezeki pd zhafeerah utk terus menyusu susu ibu.. mudah2an sampai umur 2 tahun.. amin..

Alhamdulillah setakat ni, aku masih berkesempatan menjalankan tugas sebagai seorg isteri menyediakan juadah berbuka puasa utk keluarga terutama utk suami tercinta.. walaupun simple, namun penuh pengertian bagi aku yg merasakan 24 jam sehari pun x cukup.. thanks to en husband yg sgt2 memahami.. thanks abang coz tolong sayang buat kerja rumah n jaga zhafeerah.. suami isteri kena saling membantu... nilah antara hikmah bulan ramadhan bg aku yg baru pertama kali bergelar ibu.. semoga Allah permudahkan segala urusan kami..

oklah, byk nk update tp x sempat lagi.. ada masa insyaAllah jari jemari ini akan menari lagi mengetuk2 keyboard..

selamat meneruskan ibadah puasa...

Tuesday, July 19, 2011

Syaaban vs Ramadhan

Salam to all readers & bloggers..

aku x pastilah samada blog aku ni ada org jenguk ke tak.. apa yg penting aku kena rajin2 jenguk blok sendiri.. x kanlah sawang2 nk suruh org buangkan ye tak?

Sedar x sedar dah 18 Syaaban.. Ramadhan pula semakin menghampiri... Tahun lepas Alhamdulillah aku puasa cukup sebulan since preggykan nur zhafeerah.. so, tahun ni x yahlah terkejar2 nk ganti pose.. harapan aku tahun ni pun dpt puasa cukup sebulan insyaAllah... since aku fully breastfeed Zhafeerah, mudah2an Allah bagi rezeki dan perbanyakkan susu utk zhafeerah.. sambil2 cari tips utk production susu di bulan ramadhan hehe...

apapun aku harap Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yg lalu.. mudah2an diberi kekuatan dan kesabaran utk menghadapi bulan yg penuh barakah ini disamping melaksanakan amalan2 wajib beserta amalan2 sunat..

last but not least, bersama2lah kita mengimarahkan dan perbanyakkan amalan di bulan2 barakah ini.. semoga mendpt keberkatan dari Allah...

Wednesday, August 4, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Ilalliqa' Ya Syaaban, Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan!!!
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi kerana dgn izinNya dpt kita bertemu lagi dgn Ramadhan Al Mubarak.. bulan yg lebih baik dari seribu bulan.. mudah2an Ramadhan kali ini menjanjikan 1001 pengertian dan kenangan terindah sebagai bekalan menuju syurga yg abadi.. Semoga bertemu dgn Lailatul Qadar.. insyaAllah...
Sebelum kesibukan melanda dan x sempat nk update blog, saya dan seluruh keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua bloggers, readers, kengkawan, sahabat handai dan seluruh umat Islam di dunia ini. Semoga beroleh keberkatan yg berpanjangan.. amin..
InsyaAllah, pjg umur, diizinkan Allah saya akan berpuasa cukup sebulan.. semoga diberi kekuatan dan kesabaran yg tinggi dlm menghadapi ujian ini.. Syukur yg tidak terhingga padaMu Ya Allah atas rezeki yg Engkau limpahkan.. semoga aku dan keluargaku mendpt perlindungan dan kasih sygMu yg berpanjangan.. amin.. ya rabbal a'lamin...

Salam Ramadhan
cahayanuranie
wednesday
4.40p.m

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha 1430H

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat2 dan pembaca2 sekalian.. Alhamdulillah bersyukur kita kerana dipertemukan sekali dlm blog yg tak seberapa ini..

Dah lama jugak sy tidak menulis sesuatu dlm blog ni.. tetiba jari jemari ini terasa rindu untuk menulis sesuatu sempena Aidil Adha yg akan menjelang esok.. My mother in law kini sedang berada di tanah haram makkah al mukarramah bg menunaikan rukun islam yg kelima.. setinggi2 kesyukuran kupanjatkan pd Illahi kerana dengan izinNya dpt ibunda mertuaku menjejakkan kakinya menunaikan haji pd tahun ini.. syukur....

Kami sekeluarga sentiasa mendoakan agar ibunda mendapat haji yg mabrur dan diterima segala amalan sepanjang ibdah di sana... mohon juga doa ibunda untuk anakanda di sini...

Aidil Adha kali ini amat berbeza dengan tahun2 sebelumnya kerana aku menyambut dengan penuh kegembiraan bersama suami tercinta dan keluarga tersayang both in law and my family.. walaupun disambut dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan, aidil adha kali ini tetap memberi satu pengertian buat diriku...

Aidil adha tahun ini juga merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran abahku Hj Abd Kadir yang ke-54.. semoga Allah mengurniakan umur yg panjang pd abah, diberi kesihatan yg baik, dilimpahkan rezeki dan diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat buat ayahanda tersayang...

emmm.. nampaknyer sudah tiba masa untuk balik hehehehe... at least dpt mencoretkan sesuatu dlm blog ni pun dah ok wpun sedikit pengisian kata2... namu penuh pengertian... to both my family n family in laws, sahabat2, rakan pembaca blog dan juga muslimin dan muslimat .. SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Thursday, August 20, 2009

Marhaban Ya Ramadhan







Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

Marhaban Ya Ramadhan!!! Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem!! Ilalliqa' Ya Syaaban..........


Esok 22hb Ogos 2009 / 1 Ramadhan 1430H umat Islam diseluruh negara akan menjalani ibadah puasa.. Alhamdulillah dgn penuh kesyukuran aku panjatkan pd Allah s.w.t kerana memberi peluang pada diri ini menemui Ramadhan yg penuh barakah.. Bulan yang paling baik dari 1000 bulan.. MasyaAllah betapa besarnya hikmah Bulan Ramadhan..


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"


aku mengharapkan agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas.. sesungguhnya aku berazam utk mempertingkatkan amalan dan memperbanyakkan sedeqah di samping amalan2 wajib.. byk2 zikir, tadarus al-Quran semoga ditingkatkan pahala kita dan mendpt barakah dan hikmah Ramadhan ini...

InsyaAllah ramadhan kali ini first time nak berpuasa bersama suami tersayang.. semoga kami tabah dalam menghadapi Ramadhan kali ini dengan penuh keinsafan dan dipenuhi amalan.. semoga mendapat hikmah dan barakah terutama malam lailatulqadar.. amin ya rabbal a'lamin...


(time ni lah baru sibuk nak fikir juadah berbuka puasa dan bersahur.. dulu masa zaman bujang serah pada bonda.. now bak kata nabil "lu fikirlah sendiri" )


last but not least selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak dari saya sekeluarga..
Wassalam..