Monday, January 28, 2013

SAYA DAH DAPAT PHD!!!

Alhamdulillah... syukur yang tidak terhingga aku panjatkan pada Allah S.W.T. kerana memberi aku peluang, kemudahan, kurnia, nikmat rezeki serta kesempatan untuk aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang ibu. Alhamdulillah January 2013 aku telah berjaya mendapatkan PHD walaupun bukan dalam bidang Pendidikan.. Namun ianya sungguh bermakna buat diriku..

Segala jerih perih, susah payah, suka duka, pahit manis dan berbagai2 dugaan yang aku telah hadapi sepanjang 2 tahun ini, akhirnya membuahkan hasil yang cukup bermakna... suatu pencapaian yg membanggakan kerana dpt memberi hak seorang anak "AIR SUSU IBU" untuk permata hatiku.. NUR ZHAFEERAH selama 2 tahun... Inilah PHD yg aku maksudkan... 

Alhamdulillah tanpa sokongan mak, abah, ibu mertuaku, adik2ku, kawan2 yg memperjuangkan Penyusuan Susu Ibu.. terutama suami yg tercinta.. tidak mungkin semua ini menjadi kenyataan... Syukur... syukur... syukur.... 

1st Mission is completed... ada lagi Satu Misi yg perlu diselesaikan sebelum menambah anak hehehe... Semoga Allah permudahkan segala urusanku.. amin...

No comments:

Post a Comment