Friday, August 14, 2009

Sabtu yang suram

assalamualaikum.. selamat hari sabtu.. huhu.. hari ni rasa mcm bosan sgt2.. suram je.. sesuram cuaca yg mendung2 di luar.. seolah2 hari nak hujan.. tapi siapa tahu, mendung tak bererti hujan.. semuanya terserah pd yg Maha Esa.. sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Pencipta..

Biasanya sabtu aku gi audit kat Rengit.. since khamis dah pegi, so hari ni aku stay ofis je lah.. actually byk keje nak buat.. Bos suruh prepare income statement for the year 2008 and half 2009.. buat jugaklah sikit2 walaupun mcm malas.. takde mood.. ni mood belum dtg so, bosan ler... kang bila time ade mood pandailah aku settlekan asalkan semua keje siap on time..

layan frenster and facebook pun mcm sepi... maybe ramai org tak keje hari sabtu... so, sepi jelah.. kdgkala "sepi itu indah" hidup kalau tak pernah rasa sepi tak adventure lah... kurang perasa.. kurang ajinomoto.. hidup ni kena ada mcm2 rasa.. barulah kita menikmati hidup anugerah Allah ni..

begitu juga dalam "meniti kehidupan menuju keredhaan", kita sentiasa akan diuji oleh berbagai2 dugaan dan cabaran.. sesungguhnya ujian itulah yg mengajar kita erti kehidupan, mengajar kita menghargai hidup ini dan seluruh isinya... "Allah tidak akan menguji hambaNya sekiranya tidak mampu" means that bila Allah bg ujian, kita sebenarnya mampu atasinya dan hadapinya.. CUMA.... bila? bagaimana? kenapa? macam mana? nak buat apa? semua persoalan ini harus dijawab dan diselesaikan dgn rasa sabar dan syukur... ada yg mudah, ada yg sukar... semuanya bergantung kepada ketahanan diri kita..

apepun ujian yg kita terima, kena byk2 sabar... bila kita berjaya menghadapi ujian itu, sesungguhnya kita tergolong di dalam golongan org2 yg bertuah... sesungguhnya di sebalik ujian itu, tersimpan rahsia dan hikmah Allah.. apa kah rahsia dan hikmah itu?? HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.. meminjam kata2 nabil " lu pikirlah sendiri...."

wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment