Tuesday, January 26, 2010

Surprise Dinner!!!

salam..
"abang.. love u so much!" hanya itulah ungkapan yg mampu terucapkan dari bibirku yg comel ini.. hehe comel ke??

actually last night after maghrib prayer, aku topup ibadahku dgn baca Al-Quran.. ku lihat kelibat suamiku keluar masuk bilik.. dlm hati tertanya2.. kenapa lah laki aku ni?? then after finish reading the Quran my hubby siap2 tukar shirt dgn jeans.. katanya nak kuar, gi jln2.. boring.. dia ajak aku kuar.. aku pun ape lagi.. bergegas tukar baju.. bila aku tanya nak ke mana katanya jln2.. oklah I FOLLOW!!! mcm sinar.fm pulak hihi..

sampai kat pt raja, dia park kt depan kedai handphone.. nak service hp agaknyer.. aku pun kuar kereta.. pastu dia x gi pun kedai hp tue.. cuma lalu je dan terus menuju ke suatu tempat bersebelahan dgn kedai hp tue..

Kami pun cari2 tmpt nak lepak.. waitress tu pun dtg menghulurkan menu.. SURPRISE!!! my hubby terus order black pepper chicken chop & mushroom soup with garlic bread untuk aku.. my hubby order special nasi goreng kampung.. Ya Allah!! mmg dah lama x mkn chicken chop.. last makan masa 2004 tu pun kat papa chop mama grill kat dungun terengganu.. mmg masa pregnant aku ade ckp teringin nk mkn chicken chop.. x sangka akhirnya dpt jugak mkn walaupun baby aliff xde.. huhu.. sedih gak... but never mind.. life must go on... tgh2 dinner pun sempat snap beberapa pictures.. hehe..




D'IMPIAN KOPITIAM, Parit Raja





Hubby with songkok berkabung.. hehe



me..




D'Impian 3G Tea & Fresh Orange



Mushroom Soup with Garlic Bread



Nasi Goreng Kampung Special



Black Pepper Chicken Chop



apepun thanks a lot to my hubby en azam for the lovely & wonderful dinner.. really appreciate it walaupun my hubby bukan jenis suka makan luar especially western food.. but sekali sekala dia ajak aku mkn luar its really make me so happy... i really enjoy the precious moment.. sesape yg berminat boleh try makan kat sini.. Taman Cempaka Biru Parit Raja.. makanan mmg sedap dan harga berpatutan..


wahai hubby yg dicintai.. sayang sangat2 happy.. terima kasih daun keladi.. lain kali belanja lagi..

Sunday, January 24, 2010

Dating bersama Hubby

salam..

24th January 2010 genap 8 bulan usia perkahwinan kami.. huhu.. baru 8 bulan.. a long way to go.. kalau baby aliff masih pjg umur, mesti usia kandunganku dah 5 bulan lebih.. nak wat camne.. rezeki takde..

so, di hujung minggu hari ahad, boring.. tak tau nak wat per.. so, pagi ahad selepas breakfast aku n hubby gi DATING!!! hehe.. dating kat kebun kelapa sawit dekat ngan umah my mother in law.. dengan "kuda terbang ajaib" berplat JGN 1955 kami pergi berdating.. jalan2 naik kuda sambil menikmati udara nyaman kampung dan ditemani kehijauan pokok kelapa sawit yg tersusun rapi.. aduuhhh.. romantiknyer.. mcm baru kawin haha.. enjoy some of the pictures..


kuda terbang hehe..


sejuk mata memandang..




alamak!! telinga abang interprem lorrr



atas kuda.. hehe


sambil2 tu hubby dgn parang panjangnyer menebas semak samun dan aku memetik pucuk paku.. emm seronok sgt.. keluar jugaklah peluh.. kira exercise lah jugak.. petik2 pucuk paku dpt ler satu plastik.. emm bolehlah buat lauk mkn ngan nasik.. nyum..nyum.. tgh2 dating tu.. sempat jugaklah snap beberapa pic.. hehehe... love all those pictures!!!


pahlawan semak hehe..




puteri paku pakis hik!hik!




cinta paku pakis.. hahaha..


itu sahaja buat kali ini.. i really enjoy this precious moment.. walaupun sekadar waktu namun penuh dgn kasih sayang dan chenta.. "


Ya Allah.. kekalkan kemesraan dan kebahagiaan kami dunia akhirat dan berikanlah cintaMu pada kami supaya kami menjadi orang2 yg mencintaiMu.."

Thursday, January 21, 2010

KeRJa MeLAMbak LorrRRR...

salam..

masuk hari ni dah 5 hari aku keje setelah bercuti 2 minggu.. cepat jer masa berlalu.. pantang pun belum habis.. bilalah nk makn sedap2 ni.. jamu still mkn everyday.. luaran mcm dah sihat.. tp dalaman wallahualam.. yelah bende dlm perut bukan nampak.. hope semuanya ok.. kerja kat ofis mak oiii byk tuuu.. 2 minggu cuti pun bos dh demam.. huhu aku wat keje sikit2 ar.. bukan per.. pening giler.. drpd byk mistake baik buat sikit2.. bos pun sporting alhamdulillah sgt2 understanding.. thank u BOS!!

tunggu next week la kot baru keje settle.. nasib baik ade assistant yg sgt2 best thumbs up lah min!! kalau yasmin xde, x tahulah nak wat camne.. demam kura2 lah bos.. THANKS MIN!

oklah.. got to go.. byk keje nk wat.. see ya!

Wednesday, January 20, 2010

Hutangku dah habis!!

assalamualaikum..

hari ni nak share sesuatu yg best.. Semalam aku dah mintak tolong abah bayarkan hutang pinjaman MARA aku yg liat betul aku nk byr sebelum nie.. but i pay with my own money okey.. mintak tolong abah byrkan je kat pejabat mara batu pahat.. Alhamdulillah.. puas korek2 tabung.. akhirnya dpt jugak bayar HABIS!! bestnyer hidup kalau takde hutang nie.. kebetulan MARA announce ada insentif 30% if we made full settlement.. tu pun due date sampai 31 january ni je.. lagi berkobar2lah aku membayar hutang mara nie.. nasib baiklah masa diploma dulu ade pinjaman mara.. nasib baik jugalah aku belajor rajin2.. so, mara kena bayar balik xdelah byk mana pun.. tp tetap liat nk bayar.. hehe.. nasib baik xde interest.. tu yg paling best.. kalau x, sure menimbun hutang aku n meninggi mcm menara KL..

Alhamdulillah jugak masa degree dpt biasiswa JPA.. no need to pay back.. semuanya rezeki dr Allah.. alhamdulillah thank u Allah..

kereta aku pun lebih kurang lagi 2 tahun dah habis bayar.. so, pasni hutang pun makin kurang.. insyaAllah ada rezeki before 35thn nak beli rumah or tanah then buat my dream house.. buat masa nie terpaksalah menumpang rumah MIL.. selagi belum kena halau.. duduklah umah tue hehehe...

oklah.. got to go.. bye.. wassalam...

Tuesday, January 19, 2010

SEMANIS KURMA

Semanis Kurma, Siaran Ulangan, Jumaat, 15hb Januari 2010, 1.00 petang, TV9

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita sama2 berkongsi sedikit ilmu pada hari ini..

Saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu topik istimewa yg dibincangkan dalam rancangan ilmu “Semanis Kurma” dengan tajuk “BERKORBAN UNTUK PERMATA HATI”. Walaupun siaran ulangan, namun penuh dengan pengisian dan ilmu yg boleh dimanfaatkan oleh kita semua sebagai panduan terutama dalam mendidik anak2..

Antara kesimpulan pengisian yg dpt saya kongsikan ialah:

1) Konsep A-N-A-K
Amanah, maksudnya anak itu adalah amanah yg diberi oleh Allah kepada umat manusia yg lahir dari benih kasih sayang antara ibu dan ayahnya. Setiap pasangan yg mendirikan rumahtangga semestinya menginginkan zuriat atau permata hati yg bakal menjadi waris atau penyumbang kepada bertambahnya umat nabi Muhammad s.a.w yg berkualiti dan menegakkan agama Islam pd masa akan datang.. maka sebagai ibu bapa, hendaklah menjaga amanah Allah ini dengan sebaik2nya dan berikan didikan yg sewajarnya bagi memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.

Nasihat, maksudnya ibu bapa yg mencorakkan kehidupan yg bakal ditempuhi oleh anak2nya.. dalam memberi didikan dan nasihat, hendaklah bermula dari kecil bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa hendaklah memberi nasihat dan didikan yg baik tanpa mengenal erti jemu dan putus asa.. ibu bapa itu sendiri haruslah menjadi contoh tauladan yg baik sebagaimana akhlak yg ditunjukkan oleh Rasulullah dalam mendidik anak2, isteri, keluarga, sahabat2, masyarakat dan seterusnya umat islam dulu, kini dan selamanya…

Anugerah Allah.. anak itu sendiri adalah anugerah atau hadiah dari Allah yg tidak ternilai dan tidak boleh dibeli dimana2 kedai, supermarket atau di “shopping complex”.. anak2 lahir dengan izin Allah dan merupakan suatu rezeki yg sangat besar.. oleh itu, berilah nama yg baik2 kepada anak2 kita dan sentiasa panggil anak2 kita dengan nama yg baik2 itu.. sesungguhnya nama mencerminkan sifat dan keperibadian seseorang… dengan nama yg baik, seterusnya akan memudahkan urusan mendidik anak2 yg tentunya penuh dengan cabaran..

Keredhaan Allah.. sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah dalam apa jua perkara yg kita lakukan.. sesungguhnya mencari keredhaan Allah itu adalah suatu kewajipan sebagai umat Islam.. insyaAllah apa jua yg kita lakukan akan mendpt barakah dan perlindungan dari Allah terutama dalam mendidik permata hati..

2) Amalan semasa peringkat kehamilan
Bagi ibu-ibu yg sedang hamil dan menanti kehadiran permata hati, ada beberapa amalan yg boleh diamalkan bagi memastikan keadaan ibu dan bayi sentiasa selamat dan berada dalam perlindungan Allah:-
- sentiasa menjaga pemakanan semasa tempoh kehamilan, makan makanan seimbang, makan makanan yg halal dan diyakini bersih. Ini kerana apa yg dimakan oleh kita akan menjadi darah daging dan mengalir ke tubuh bayi yg dikandung.
- Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yg buruk dan dilarang oleh Allah. jaga pandangan mata daripada memandang perkara-perkara yg tidak elok. Jaga percakapan dan tutur bicara.
- Amalkan membaca surah-surah pilihan seperti Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Luqman dan sebagainya.
- Memperbanyakkan amalan-amalan yg dituntut oleh Islam seperti membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa sunat, bersedekah.
- Banyakkan berdoa kepada Allah memohon supaya diberi kesihatan dan keselamatan di sepanjang tempoh kehamilan hingga melahirkan. Banyakkan berdoa memohon agar diberikan zuriat yg soleh dan solehah insyaAllah..

3) Dalam mendidik anak-anak dalam keluarga, adalah disarankan agar sesuatu institusi keluarga itu mengamalkan konsep berjemaah dalam apa jua aktiviti yang dilakukan bersama-sama isteri dan anak-anak. Sebagai contoh, solat berjemaah, makan bersama, beriadah bersama, membaca Al-Quran bersama-sama, bergotong royong bersama-sama. Ini sekaligus dapat mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Di sini juga dapat ditunjukkan ibu bapa sebagai contoh tauladan yg baik dimana anak-anak akan mengikuti apa yg dilakukan atau diamalkan oleh ibu bapanya dan semestinya perkara yg baik dan akhlak serta peradaban yg baik..


4) antara doa-doa yg boleh diamalkan semasa tempoh kehamilan:-

- Surah Al-Furqan ayat 74.
- Surah Ibrahim ayat 41
- Surah As-Safar ayat 100


Alhamdulillah semoga dengan sedikit perkongsian pada hari ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan kita sebagai ibu bapa dan juga bakal ibu bapa untuk mendidik anak-anak dan menjadikan keluarga kita keluarga sakeenah, mawaddah wa rahmah insyaAllah.. Semoga ilmu yg bermanfaat ini dapat diamalkan pada masa akan datang. Belum terlambat untuk kita mengubah suasana keluarga kita supaya menjadi keluarga yg harmoni dan penuh dengan kasih sayang dan perlindungan Allah.

Sesungguhnya apa yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri sebagai insan bernama manusia yg penuh dengan kesilapan namun sedang berusaha memperbaiki kesilapan itu.

Terima kasih kepada para pembaca yg sudi singgah sejenak di laman blog saya.. semoga di masa-masa akan datang kita dapat bersua kembali dengan pengisian atau pengalaman yg baru..

p/s: Anak anugerah Allah… Semoga Allah memperkenankan doa saya untuk mendapat permata hati yg soleh dan solehah.. amin ya rabbal a’lamin….

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA…



Apapun yang terjadi… berjalanlah tanpa henti… Airmata tertahan… waktu untuk dijatuhkan… Nanti kita kan tahu.. betapa bijaknya hidup.. Sepahit apa pun ini… Pelajaran yang bererti… Semoga kepergianmu... tak akan merubah apapun… semoga mampuku lawan kesepianku…

October 2009
Alhamdulillah syukur kupanjatkan pada Illahi atas kurniaan yg tidak ternilai… Aku disahkan mengandung setelah membuat ujian kehamilan… Riang hati ini hanya Tuhan yg tahu… Wajah2 ceria menghiasi seluruh kehidupanku dan keluarga terutama suamiku tercinta.. apatahlagi seluruh jiwa dan ragaku yg sangat mengharapkan kehadiran permata hati sebagai pelengkap kehidupanku…

November 2009
Sepanjang kehamilanku tidak dinafikan banyak perubahan yg berlaku dari segenap sudut.. emosi, perubahan hormon, keadaan fizikal, cara pemakanan dan sebagainya.. lebih-lebih lagi apabila doktor mengesahkan aku mengidap GDM (Gestational Diabetic Mellitus) atau bahasa melayunya Diabetis semasa Hamil.. walaupun diselubungi kesedihan dimana aku tidak dpt menikmati apa yg dinikmati oleh ibu-ibu hamil yg lain, namun aku yakin pasti ada hikmah yg tersembunyi… Aku sangat menjaga pemakananku.. setiap apa yg aku makan kupastikan tidak menyebabkan kandungan gula dlm darahku tinggi.. tidak seperti ibu-ibu hamil yg lain, aku terpaksa berdiet dlm menyeimbangkan pemakananku untuk kebaikanku dan bayi dlm kandunganku…

Pada mulanya agak sukar untuk membiasakan diri namun berkat kesabaranku, sokongan dari suami tercinta, aku cuba untuk menjadikan segalanya seperti biasa… Alhamdulilah sepanjang kehamilanku, masalah “morning sickness” tidaklah terlalu serius sehingga memudaratkan diri sendiri.. aku masih boleh memasak seperti biasa, bekerja seperti biasa seolah2 diriku tidak mengandung… namun, dalaman hatiku sentiasa risau takut berlaku sesuatu yg tidak diingini sepanjang kehamilanku…

Seringkali fikiranku kusut, risau, takut, bimbang dan tidak ceria.. emosiku sering terganggu hinggakan perasaan takut melebihi perasaan gembiraku yg bakal bergelar ibu.. namun kuserahkan segala2nya pada yang Maha Esa.. kupanjatkan doa agar aku dan kandunganku selamat hingga melahirkan….

Kebetulan ibu mertuaku menunaikan ibadah Haji pada tahun ini.. maka aku mengambil kesempatan ini untuk memohon doa daripadanya supaya diberi kekuatan, ketabahan dan keselamatan di sepanjang kehamilan ini… aku cuba untuk “enjoy this precious moment being a mommy to be” namun, kupasrahkan segalanya pada yang Maha Esa… kerana Dialah Yang Maha Mengetahui….

Disember 2009
Alhamdulillah sudah hampir 4 bulan usia kandunganku… Syukur padaMu Ya Allah kerana dengan izinMu, hambamu ini masih lagi mempertahankan kehidupan dirinya dan anak yg dikandung ini..

pertengahan disember, aku mengalami pendarahan yg kurasakan agak serius.. Kemudian aku mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Batu Pahat.. doktor mengatakan bahawa tidak ada apa yang perlu dirisaukan.. semua ini adalah perkara biasa.. aku diminta supaya tidak membuat kerja-kerja berat, tidak berjalan jauh, kena rehat yang banyak bagi mengelakkan perkara ini berulang lagi.. Ujian ultrasound mengesahkan bahawa bayi kami masih ada, sihat dan sudah mula menggerakkan tangannya.. Alangkah gembiranya hati ini melihat bayi dalam kandunganku bergerak… bergenang airmataku melihat kegembiraan yang terpancar di wajah suamiku yang tercinta… namun naluriku tersisa kebimbangan kerana doktor memintaku datang ke hospital pada bulan januari untuk ujian ultrasound sekali lagi.. mindaku tertanya-tanya namun ku positifkan diriku dan mengharapkan semuanya akan baik2 sahaja…

Apabila aku menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik, jururawat melihat keputusan ultrasound yg terkini.. didapati bahawa semasa kandunganku 16 minggu, placenta berada di bawah uterus sedangkan seorang ibu hamil yang normal, placenta atau uri mestilah berada di atas uterus… kebimbanganku semakin menebal.. namun kupanjatkan doa yang tiada henti pd Allah semoga tiada perkara yg buruk berlaku…

Januari 2010
Tahun Baru 2010 sudah menjelma… seluruh manusia di muka bumi ini dan di seluruh dunia menyambut kehadiran tahun baru 2010 dengan penuh kemeriahan, keriangan serta keazaman yg tinggi untuk mengecapi kebahagiaan dan kehidupan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya… aku juga tidak terkecuali.. apa yg kuharapkan ialah tahun 2010 ini memberi sinar bahagia yang berpanjangan terutama dengan kehadiran permata hatiku… semoga diberi kegembiraan dan seribu kebahagiaan buatku dan suami tercinta serta seluruh keluargaku…

Namun, kuharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari…

Kerisauanku yang menggila kurasakan pada malam 2hb Januari 2010. Keadaanku resah, gelisah, tidak tentu arah, tidak senang duduk, fikiranku menerawang entah ke mana.. bagaikan ada sesuatu yg akan berlaku namun aku tidak mengerti… Aku tidak dapat berfikir dengan tenang.. Aku hanya berdoa pada yang maha Esa semoga semuanya akan baik-baik sahaja.

Malam semakin tua.. namun keresahanku semakin rancak seiring dengan kepekatan malam… tiba-tiba perutku sakit.. pada awalnya aku fikirkan itu perkara biasa semasa hamil kerana usia kandunganku sudah mencecah 18 minggu.. mungkin bayi dalam kandunganku sudah mula bergerak.. sangkaku hanya kesakitan yang bersifat sementara, namun, semakin menjelang fajar, acapkali kesakitanku semakin menggigit seluruh urat saraf perut dan pinggangku.. kesakitanku tidak tertahankan.. semakin sakit!! semakin menggigit!! semakin perit!! Arggghhhhh!!!!! Ya Allah, apakah yang ingin Kau tunjukkan padaku?? Hatiku tertanya-tanya… pada waktu ini serasa ada air hangat yang mengalir di pipiku… gundah gulanaku semakin meruncing… aku seolah-olah dapat menduga dan merasakan natijah daripada kesakitanku pd waktu ini.. Aku tidak dapat berbuat apa-apa melainkan lidahku sentiasa menyebut namaMu Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! sakit Ya Allah!!!! aduuuhhhh…. Bisanya kesakitanku Ya Allah!! aku merintih kesakitan dan kesayuan memikirkan apa yg akan terjadi padaku dan kandunganku…

Seusai azan bergema di hening subuh yang sunyi, kesakitanku semakin serius, suamiku mengambil keputusan utk membawaku ke hospital.. aku terpaksa akur dengan permintaannya sedangkan naluriku enggan kerana bimbang dan sangat takut…. Sepanjang perjalananku ke hospital, lidahku tidak putus menyebut nama Maha Pencipta.. Mohon dosa-dosaku diampunkan… kesakitan yg kurasakan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.. bisanya umpama pedang menusuk perut walau hakikatnya aku tidak pernah merasakan tusukan pedang itu….

Aku dimasukkan ke bahagian kecemasan kemudian dipindahkan ke Wad 6 Hospital Batu Pahat. Namun, tiada sebarang tindakan oleh pihak hospital sedangkan aku masih meronta-ronta menahan kesakitan yang amat perit… airmataku mengalir tanpa henti seolah-olah memahami kesakitan yg kualami… pada waktu ini apa yg paling kurisaukan adalah kandunganku… ya!!! Kandunganku… aku redha dengan takdir Allah seandainya bayiku tidak dapat diselamatkan… tapi naluriku memberontak!!! Aku mahu selamatkan bayiku!! Jeritan batinku merintih memohon agar diselamatkan bayi yg ada dalam rahimku… aku tidak peduli andai nyawaku jadi taruhan…

Namun, Allah Maha Besar… lebih kurang jam 10.00 pagi, kurasakan kesakitan yg sangat dasyat hingga mendorongku untuk menuju ke bilik air… kurasakan seperti hendak buang air besar… namun penantianku hanya sia-sia… tiba-tiba kurasakan ada sesuatu yg pecah dan terasa ada sesuatu hendak keluar… kutahan… ketakutanku semakin memuncak… lantas aku flush tandas dan keluar dari bilik air menuju ke katilku.. kebetulan doktor sudah berada di situ untuk melihat keadaanku…

Apabila aku baring di katil, kurasakan ada sesuatu yg keluar… hangat…. Kesakitanku kian beransur hilang.. Darah mengalir keluar….. dengan linangan airmata… aku pasrah… aku rebah dan tidak bermaya…

Kini aku pasrah dengan segalanya… kepedihan ini masih terasa… apakah salahku… apakah dosaku… Tuhan berilah ku petunjukMu.. dan redha dengan kehendakMu...

Akhirnya ramalanku benar belaka.. Aku telah melahirkan seorang bayi lelaki yg cukup sempurna sifat kejadiannya namun, Allah terlalu menyayanginya… Bayiku meninggal dunia… kesedihan dan kepiluan menyelubungi seluruh jiwa ragaku… benih cinta kami yg selama ini berada dalam rahimku akhirnya pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya…

Naluriku berkata “Wahai anakandaku…mengapa kamu meninggalkan ibu? ibu memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat menjagamu dengan sempurna…sesungguhnya Ibu redha dengan pemergianmu dan ibu yakin Allah akan melindungimu…”

Dalam kemeriahan manusia menyambut kedatangan Tahun baru 2010 dengan penuh kemeriahan, aku diselubungi kesedihan, kepiluan, kelesuan, kekosongan dan kehilangan sesuatu yang sangat berharga…

Aku tidak sanggup menahan airmataku apabila menatap wajah suami tercinta… Kami sama-sama kehilangan sebutir permata paling berharga yang tiada galang gantinya.. sesekali kulihat ke dalam matanya.. kurasakan kesedihan yang dialaminya walaupun wajahnya mempamerkan ketenangan dan keredhaan…. “Abang, sayang minta maaf kerana tidak dapat selamatkan baby..” hanya itu yang mampu kuucapkan padanya…

Dalam suasana yang suram itu, kulihat kelibat ibu mertuaku, adikku dan abahku… tiada kata yang terucapkan… hanya linangan airmata tanpa henti menceritakan segala-galanya… Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih memberi peluang dan kesempatan untukku hidup di dunia ini dan menjadi hambaMu… aku bernafas dengan udaraMu… aku melihat dengan mata kurniaanMu.. aku mencari keredhaanMu… Aku redha dengan ujianMu… Ampunkan segala dosaku…

Arwah anakandaku selamat dikebumikan selepas solat Asar hari itu juga… wajahku mempamerkan ketenangan walaupun hakikatnya hatiku tersentuh dengan pemergiannya.. Namun aku menerima segalanya dengan redha dan ikhlas.. walau apapun penyebab peristiwa ini, aku tidak menyalahkan sesiapa.. aku anggap ini adalah ujian Allah.. Aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini.. Hanya Allah yang mengerti apa yang tersirat kerana Dialah Maha Mengetahui…

Terima kasih yang tidak terhingga kepada suamiku yang sangat-sangat aku cintai.. terima kasih atas segala-galanya… terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku seorang suami yang sangat penyayang, memahami, penyabar dan sentiasa mengambil berat keadaanku.. I love you so much abang…

Ya Allah.. Ya Rahmaan.. Ya Rahiim.. terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku menjaga benih cinta kami di dalam rahimku walaupun sekadar waktu… aku memohon padaMu semoga Permata Hati yang hilang ini dapat menungguku di pintu syurgaMu…

Rabbana Atina Fiddunnia hasanah wa fil akhirati hasanah waqiina a’zabannar… Walhamdulillahi rabbil a’lamin…