Tuesday, January 19, 2010

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA…



Apapun yang terjadi… berjalanlah tanpa henti… Airmata tertahan… waktu untuk dijatuhkan… Nanti kita kan tahu.. betapa bijaknya hidup.. Sepahit apa pun ini… Pelajaran yang bererti… Semoga kepergianmu... tak akan merubah apapun… semoga mampuku lawan kesepianku…

October 2009
Alhamdulillah syukur kupanjatkan pada Illahi atas kurniaan yg tidak ternilai… Aku disahkan mengandung setelah membuat ujian kehamilan… Riang hati ini hanya Tuhan yg tahu… Wajah2 ceria menghiasi seluruh kehidupanku dan keluarga terutama suamiku tercinta.. apatahlagi seluruh jiwa dan ragaku yg sangat mengharapkan kehadiran permata hati sebagai pelengkap kehidupanku…

November 2009
Sepanjang kehamilanku tidak dinafikan banyak perubahan yg berlaku dari segenap sudut.. emosi, perubahan hormon, keadaan fizikal, cara pemakanan dan sebagainya.. lebih-lebih lagi apabila doktor mengesahkan aku mengidap GDM (Gestational Diabetic Mellitus) atau bahasa melayunya Diabetis semasa Hamil.. walaupun diselubungi kesedihan dimana aku tidak dpt menikmati apa yg dinikmati oleh ibu-ibu hamil yg lain, namun aku yakin pasti ada hikmah yg tersembunyi… Aku sangat menjaga pemakananku.. setiap apa yg aku makan kupastikan tidak menyebabkan kandungan gula dlm darahku tinggi.. tidak seperti ibu-ibu hamil yg lain, aku terpaksa berdiet dlm menyeimbangkan pemakananku untuk kebaikanku dan bayi dlm kandunganku…

Pada mulanya agak sukar untuk membiasakan diri namun berkat kesabaranku, sokongan dari suami tercinta, aku cuba untuk menjadikan segalanya seperti biasa… Alhamdulilah sepanjang kehamilanku, masalah “morning sickness” tidaklah terlalu serius sehingga memudaratkan diri sendiri.. aku masih boleh memasak seperti biasa, bekerja seperti biasa seolah2 diriku tidak mengandung… namun, dalaman hatiku sentiasa risau takut berlaku sesuatu yg tidak diingini sepanjang kehamilanku…

Seringkali fikiranku kusut, risau, takut, bimbang dan tidak ceria.. emosiku sering terganggu hinggakan perasaan takut melebihi perasaan gembiraku yg bakal bergelar ibu.. namun kuserahkan segala2nya pada yang Maha Esa.. kupanjatkan doa agar aku dan kandunganku selamat hingga melahirkan….

Kebetulan ibu mertuaku menunaikan ibadah Haji pada tahun ini.. maka aku mengambil kesempatan ini untuk memohon doa daripadanya supaya diberi kekuatan, ketabahan dan keselamatan di sepanjang kehamilan ini… aku cuba untuk “enjoy this precious moment being a mommy to be” namun, kupasrahkan segalanya pada yang Maha Esa… kerana Dialah Yang Maha Mengetahui….

Disember 2009
Alhamdulillah sudah hampir 4 bulan usia kandunganku… Syukur padaMu Ya Allah kerana dengan izinMu, hambamu ini masih lagi mempertahankan kehidupan dirinya dan anak yg dikandung ini..

pertengahan disember, aku mengalami pendarahan yg kurasakan agak serius.. Kemudian aku mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Batu Pahat.. doktor mengatakan bahawa tidak ada apa yang perlu dirisaukan.. semua ini adalah perkara biasa.. aku diminta supaya tidak membuat kerja-kerja berat, tidak berjalan jauh, kena rehat yang banyak bagi mengelakkan perkara ini berulang lagi.. Ujian ultrasound mengesahkan bahawa bayi kami masih ada, sihat dan sudah mula menggerakkan tangannya.. Alangkah gembiranya hati ini melihat bayi dalam kandunganku bergerak… bergenang airmataku melihat kegembiraan yang terpancar di wajah suamiku yang tercinta… namun naluriku tersisa kebimbangan kerana doktor memintaku datang ke hospital pada bulan januari untuk ujian ultrasound sekali lagi.. mindaku tertanya-tanya namun ku positifkan diriku dan mengharapkan semuanya akan baik2 sahaja…

Apabila aku menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik, jururawat melihat keputusan ultrasound yg terkini.. didapati bahawa semasa kandunganku 16 minggu, placenta berada di bawah uterus sedangkan seorang ibu hamil yang normal, placenta atau uri mestilah berada di atas uterus… kebimbanganku semakin menebal.. namun kupanjatkan doa yang tiada henti pd Allah semoga tiada perkara yg buruk berlaku…

Januari 2010
Tahun Baru 2010 sudah menjelma… seluruh manusia di muka bumi ini dan di seluruh dunia menyambut kehadiran tahun baru 2010 dengan penuh kemeriahan, keriangan serta keazaman yg tinggi untuk mengecapi kebahagiaan dan kehidupan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya… aku juga tidak terkecuali.. apa yg kuharapkan ialah tahun 2010 ini memberi sinar bahagia yang berpanjangan terutama dengan kehadiran permata hatiku… semoga diberi kegembiraan dan seribu kebahagiaan buatku dan suami tercinta serta seluruh keluargaku…

Namun, kuharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari…

Kerisauanku yang menggila kurasakan pada malam 2hb Januari 2010. Keadaanku resah, gelisah, tidak tentu arah, tidak senang duduk, fikiranku menerawang entah ke mana.. bagaikan ada sesuatu yg akan berlaku namun aku tidak mengerti… Aku tidak dapat berfikir dengan tenang.. Aku hanya berdoa pada yang maha Esa semoga semuanya akan baik-baik sahaja.

Malam semakin tua.. namun keresahanku semakin rancak seiring dengan kepekatan malam… tiba-tiba perutku sakit.. pada awalnya aku fikirkan itu perkara biasa semasa hamil kerana usia kandunganku sudah mencecah 18 minggu.. mungkin bayi dalam kandunganku sudah mula bergerak.. sangkaku hanya kesakitan yang bersifat sementara, namun, semakin menjelang fajar, acapkali kesakitanku semakin menggigit seluruh urat saraf perut dan pinggangku.. kesakitanku tidak tertahankan.. semakin sakit!! semakin menggigit!! semakin perit!! Arggghhhhh!!!!! Ya Allah, apakah yang ingin Kau tunjukkan padaku?? Hatiku tertanya-tanya… pada waktu ini serasa ada air hangat yang mengalir di pipiku… gundah gulanaku semakin meruncing… aku seolah-olah dapat menduga dan merasakan natijah daripada kesakitanku pd waktu ini.. Aku tidak dapat berbuat apa-apa melainkan lidahku sentiasa menyebut namaMu Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! sakit Ya Allah!!!! aduuuhhhh…. Bisanya kesakitanku Ya Allah!! aku merintih kesakitan dan kesayuan memikirkan apa yg akan terjadi padaku dan kandunganku…

Seusai azan bergema di hening subuh yang sunyi, kesakitanku semakin serius, suamiku mengambil keputusan utk membawaku ke hospital.. aku terpaksa akur dengan permintaannya sedangkan naluriku enggan kerana bimbang dan sangat takut…. Sepanjang perjalananku ke hospital, lidahku tidak putus menyebut nama Maha Pencipta.. Mohon dosa-dosaku diampunkan… kesakitan yg kurasakan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.. bisanya umpama pedang menusuk perut walau hakikatnya aku tidak pernah merasakan tusukan pedang itu….

Aku dimasukkan ke bahagian kecemasan kemudian dipindahkan ke Wad 6 Hospital Batu Pahat. Namun, tiada sebarang tindakan oleh pihak hospital sedangkan aku masih meronta-ronta menahan kesakitan yang amat perit… airmataku mengalir tanpa henti seolah-olah memahami kesakitan yg kualami… pada waktu ini apa yg paling kurisaukan adalah kandunganku… ya!!! Kandunganku… aku redha dengan takdir Allah seandainya bayiku tidak dapat diselamatkan… tapi naluriku memberontak!!! Aku mahu selamatkan bayiku!! Jeritan batinku merintih memohon agar diselamatkan bayi yg ada dalam rahimku… aku tidak peduli andai nyawaku jadi taruhan…

Namun, Allah Maha Besar… lebih kurang jam 10.00 pagi, kurasakan kesakitan yg sangat dasyat hingga mendorongku untuk menuju ke bilik air… kurasakan seperti hendak buang air besar… namun penantianku hanya sia-sia… tiba-tiba kurasakan ada sesuatu yg pecah dan terasa ada sesuatu hendak keluar… kutahan… ketakutanku semakin memuncak… lantas aku flush tandas dan keluar dari bilik air menuju ke katilku.. kebetulan doktor sudah berada di situ untuk melihat keadaanku…

Apabila aku baring di katil, kurasakan ada sesuatu yg keluar… hangat…. Kesakitanku kian beransur hilang.. Darah mengalir keluar….. dengan linangan airmata… aku pasrah… aku rebah dan tidak bermaya…

Kini aku pasrah dengan segalanya… kepedihan ini masih terasa… apakah salahku… apakah dosaku… Tuhan berilah ku petunjukMu.. dan redha dengan kehendakMu...

Akhirnya ramalanku benar belaka.. Aku telah melahirkan seorang bayi lelaki yg cukup sempurna sifat kejadiannya namun, Allah terlalu menyayanginya… Bayiku meninggal dunia… kesedihan dan kepiluan menyelubungi seluruh jiwa ragaku… benih cinta kami yg selama ini berada dalam rahimku akhirnya pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya…

Naluriku berkata “Wahai anakandaku…mengapa kamu meninggalkan ibu? ibu memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat menjagamu dengan sempurna…sesungguhnya Ibu redha dengan pemergianmu dan ibu yakin Allah akan melindungimu…”

Dalam kemeriahan manusia menyambut kedatangan Tahun baru 2010 dengan penuh kemeriahan, aku diselubungi kesedihan, kepiluan, kelesuan, kekosongan dan kehilangan sesuatu yang sangat berharga…

Aku tidak sanggup menahan airmataku apabila menatap wajah suami tercinta… Kami sama-sama kehilangan sebutir permata paling berharga yang tiada galang gantinya.. sesekali kulihat ke dalam matanya.. kurasakan kesedihan yang dialaminya walaupun wajahnya mempamerkan ketenangan dan keredhaan…. “Abang, sayang minta maaf kerana tidak dapat selamatkan baby..” hanya itu yang mampu kuucapkan padanya…

Dalam suasana yang suram itu, kulihat kelibat ibu mertuaku, adikku dan abahku… tiada kata yang terucapkan… hanya linangan airmata tanpa henti menceritakan segala-galanya… Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih memberi peluang dan kesempatan untukku hidup di dunia ini dan menjadi hambaMu… aku bernafas dengan udaraMu… aku melihat dengan mata kurniaanMu.. aku mencari keredhaanMu… Aku redha dengan ujianMu… Ampunkan segala dosaku…

Arwah anakandaku selamat dikebumikan selepas solat Asar hari itu juga… wajahku mempamerkan ketenangan walaupun hakikatnya hatiku tersentuh dengan pemergiannya.. Namun aku menerima segalanya dengan redha dan ikhlas.. walau apapun penyebab peristiwa ini, aku tidak menyalahkan sesiapa.. aku anggap ini adalah ujian Allah.. Aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini.. Hanya Allah yang mengerti apa yang tersirat kerana Dialah Maha Mengetahui…

Terima kasih yang tidak terhingga kepada suamiku yang sangat-sangat aku cintai.. terima kasih atas segala-galanya… terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku seorang suami yang sangat penyayang, memahami, penyabar dan sentiasa mengambil berat keadaanku.. I love you so much abang…

Ya Allah.. Ya Rahmaan.. Ya Rahiim.. terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku menjaga benih cinta kami di dalam rahimku walaupun sekadar waktu… aku memohon padaMu semoga Permata Hati yang hilang ini dapat menungguku di pintu syurgaMu…

Rabbana Atina Fiddunnia hasanah wa fil akhirati hasanah waqiina a’zabannar… Walhamdulillahi rabbil a’lamin…

5 comments:

  1. sedihnyaa syam....menangis2 anis baca kisah syam ni...

    ReplyDelete
  2. mbaca kisah syam buat rehan lebih menghargai nikmat kurniaan Allah pd rehan slama ini. thanx syam.moga diberikan Allah kekuatan utk mhadapi cabaran yg mdatang..

    ReplyDelete
  3. satu memori yang sedih...my condolences to you sis...ujian dari Allah memang pahit dan penuh dengan hikmah...you'll see your baby soon in the Hereafter...InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. hmmm....ujian mu sama seperti ku...sedih teramat sedih...tp apakan daya...ALLAH lebih mengetahuinya..sama2 lah kita memanjatkan doa ke HADRAT ILLAHI...moga kita tabah menghadapi kehidupan ini...amin...

    ReplyDelete
  5. baru akak tau perasaan sham... sedih akak baca.. Dugaan Allah kita x tahu.. kita hanya bersedia dgn apa saja ketentuan dari Nya...

    ReplyDelete